Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, August 13, 2010

Buang bayi adalah kes bunuh.


Alhamdulillah, dengan kehadiran bulan yang dimuliakan Allah s.w.t. semoga umat islam mendapat rahmat dan pengampunan daripada Allah s.w.t. Tetapi kehadiran bulan yang berkat ini sedikitpun tidak memberi keinsafan kepada sesetengah manusia yang tidak mempunyai akal fikiran dalam menilai baik atau buruk sebelum melakukan sesuatu perkara. Allah telah menganugerahkan manusia benda yang paling bernilai di dunia ini, tapi disia-siakan oleh mereka yang berhati binatang tersebut.

Dalam membendung masalah pembuangan bayi ini, saya menyokong penuh inisiatif yang di ambil oleh kabinet untuk mengenakan hukuman gantung kepada pesalah-pesalah yang membuang bayi. Pihak berkuasa perlu megambil tindakan yang serius bagi membendung kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sebelum menjadi lebih parah. Rakyat dah muak mendengar kes-kes ini yang tidak berkesudahan dan makin menjadi-jadi. Dengan adanya undang-undang ini diharap pihak yang sepatutnya menjalankan tugas dapat bertindak sewajarnya. Bendunglah kemungkaran yang berlaku supaya negara kita sentiasa aman dan sejahtera.
Post a Comment