Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, March 29, 2011

Hal yang menyusahkan banyak pihak

Hari ini ada 2 famili yang datang berjumpa dengan pihak sekolah setelah berulang-kali dipanggil. Memandangkan pelajar keluar selama sebulan untuk menjalani latihan industri, jarang la dapat jumpa mereka secara berkelompok. Semasa sesi pemantauan hanya dapat berjumpa secara individu sahaja, tu pun jika mereka datang latihan pada hari tersebut. Sistem pemantauan dijalankan secara bergilir setiap hari. 

Kes yang pertama.
-melibatkan seorang pelajar yang bekerja semasa sekolah.
-Semasa latihan industri pula, bos dia melaporkan bahawa dia datang pagi tetapi merayau ke bengkel lain dan tidak menjalankan kerja.
-Di sekolah pula, dia melengah-lengahkan kerja sehingga ketinggalan dan kehadiran yang kurang memuaskan.

Semasa perjumpaan dengan PK HEM dan GKMP tadi, maslah pelajar diceritakan kepada penjaga. Pihak penjaga berjanji untuk memantau masalah anak mereka. Pihak sekolah meminta agar diadakan satu hitam putih supaya masalah ini jika timbul lagi selepas ini, akan diambil tindakan yang serius terhadap poelajar terbabit di atas persetujuan mak dan ayah pelajar.

Kes kedua.
-memang bermasalah dari segi kehadiran.
-folio langsung tidak buat.
-Semasa latihan industri, hanya hari pertama je yang datang selepas tu dah tak nampak batang hidung.
-Tidak mendapat kerjasama ibu bapa bila guru kelas minta datang ke sekolah untuk berbincang masalah pelajar.
-Datang ke sekolah pagi ini dengan seluar pendek.(Apa yang mak ayah dia fikir pon tak tau la)
-Tiada matlamat.
-Mak ayah melepas tangan tentang ketidak hadiran pelajar ke sekolah.

Bagi pelajar ini, pihak sekolah meminta ibu bapa supaya memohon berhenti sekolah kerana pelajar sudah tidak berminat untuk meneruskan persekolahan. Jika tidak, sekolah yang akan mengeluarkan surat berhenti. 

Saturday, March 26, 2011

Jangan cepat buat andaian

pix_middle

BARANGKALI, imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media massa.
Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan maruah.

Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat, apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini hingga golongan guru hilang pertimbangan?
Adakah perlakuan itu disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka 'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'gatal' dan mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar?
Kaunselor pakar, perunding dan pakar motivasi, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata jangan terburu-buru membuat andaian kepada guru bermasalah tanpa menimbangkan kemungkinan dan faktor hingga tercetusnya insiden.
   
  • Foto
  • Foto
Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan guru terbabit.

"Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama baik sekolah, pelajar serta peribadi individu.
"Tindakan terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.

Sejak akhir-akhir ini, media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.
Antaranya perlakuan guru yang suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan 'hukuman' sebagai alasan menghalalkan perbuatan. Ada juga menyentuh dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu.

Beliau berkata bagi mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu.
"Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu tercetusnya masalah.

"Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah seperti doktor.

"Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh dielakkan," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes terpencil.

Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik.

"Tidak dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah. Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan dengan perlakuan.

"Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah melarat.

"Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak. Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah menanganinya," katanya.

Ditanya mengenai kaedah terbaik, beliau berkata sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego masing -masing.

Menurutnya, pertikaian yang berlaku hari ini disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang, menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga mencetuskan situasi 'hanya kau-aku'.

"Apabila elemen positif tidak dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin renggang. Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang.

"Ini menjadikan setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang perlu disemai mengikut batas ditetapkan," katanya.

"Pelajar juga perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal bukan emosi semata-mata. Semua pihak ada hak yang perlu dipertahankan," katanya.

di petik dari http://www.hmetro.com.my/articles/Usahcepatbuatandaian/Article.

Pertandingan petanq

Pagi ni ada pertandingan petanq yang di anjurkan oleh pihak ANGKASA. Tempatnya di gelanggang petanq Kompleks Stadium Paroi, NS. Ni la first time aku mengikuti program seperti ini. Dengan latihan hanya 3 hari sebelum pertandingan, tak tau la macamana akan jadi selepas ini. Tengok pihak lawan semasa latihan memang otai. Tapi ni pun sekadar untuk mengambil pengalaman je.Jauh skali untuk menang.haha