Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, April 17, 2014

Buah Kerdas


Jarang nak jumpa buah ini di tempat lain. Kalau di Kelantan ia dijadikan ulam untuk di makan. Buah ini jenis bermusim. Baunya kuat, lebih kuat dari buah jering. Enak dimakan terutama sekali apabila dicicah dengan budu dan tempoyak. Memang menyangkut. Kalau nak merasa datanglah ke Kelantan pada awal tahun antara bulan Febuari dan April.

Tuesday, April 15, 2014

Kursus Pembangunan Kompetensi DG41 (CPD)

Kursus Pembangunan Kompetensi DG41 (CPD) telah dilaksanakan dalam beberapa fasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan Guru (BPG). 

Guru-guru yang berada di Gred 41 adalah menjadi keutamaan bagi mengikuti kursus ini. Permohonan adalah melalui online di laman web KPM. 

Semua guru DG41 perlu sentiasa peka dengan tawaran kursus ini yang akan disiarkan di laman KPM. 

Kursus CPD perlu dipohon oleh guru dan surat siaran telah pun diedarkan ke semua sekolah.

Modul Kursus Pembangunan Kompetensi  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41 bagi Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan / PPB (Continuous Professional Development-CPD) 2014 boleh di buat turun di Bahan Kursus Pembangunan Kompetensi DG41.

Monday, April 14, 2014

Tarikan Tebingan Sungai Kampung Telaga Air

Semalam aku dan famili pergi ke Kampung Telaga Air. Dah lama tak pergi sana. Last pergi dulu sebelum kelahiran anak aku.
Kampung Telaga Air yang dulunya hanya dikenali dengan kawasan perkampungan Melayu dan tempat pendaratan ikan sungai kini telah berubah wajah.
Kawasan itu sekarang telah di majukan dengan pembinaan tebingan sungai dan kemudahan awam yang lengkap.
Kini, Kampung Telaga air menjadi tumpuan samada pelancong dalam dan luar yang datang bukan setakat untuk mendapatkan pelbagai hasil sungai yang segar malah untuk memancing dan menenangkan fikiran selepas penat bekerja.
Cantik kawasan ni. Boleh rilek-rilek, tempat untuk anak main pun ada. Gambar je tak dapat nak snap banyak sebab dukung anak yang kecil. Isteri tengah jaga yang sorang lagi tengah tidur dalam kereta. Tak dapat la nak singgah lama.
Tempat ni tak jauh dari Matang. Nak ke sana pun senang je, ikut jalan raya dan arah jalan pun senang.