Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, April 11, 2014

" KISAH ULAR DAN GERGAJI "

Suatu malam seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu..

Secara kebetulan ia merayap di atas gergaji, tajamnya mata gergaji menyebabkan perut ular terluka..

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya..

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali - kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya..

Marah & putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuh tersebut..

Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan tubuhnya terluka teramat parah & akhirnya ia pun mati..

Di saat emosi & marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai & menyakiti orang lain..
Padahal jika benar-benar kita sedari, sebenarnya yang akan terlukai & tersakiti adalah diri sendiri..

Jadi sungguh tepat kalimat bijak berikut :

Orang yang benar-benar hebat bukanlah seseorang yang mampu mengalahkan orang lain, melainkan ia yang mampu mengalahkan diri sendiri..

Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam bersabda : Barang siapa meredam amarah padahal dia mampu melampiaskannya (kerana mampu/berkuasa), maka ALLAH memanggilnya dihadapan para makhluk di hari kiamat, Dia menyuruhnya memilih dari pada bidadari apa yg dia kehendaki..
(HR Abu Daud)
SubhanALLAH..

Ingat, marah adalah salah satu PINTU SYAITAN untuk merasuki tubuh manusia. Semoga kita semua terhindar dari sifat pemarah..

Aamiin Yaa Rabbal'aalamiin..

Wednesday, April 9, 2014

Bandar kotor

"Dalam banyak tempat saya pergi, Kota Bharu yang paling saya tidak suka kerana banyak sampah dan botol air di merata". Huh terkejut dengar pengakuan sepasang pelancong yang datang dari Belanda semasa interview mereka di Tebingan Sungai Kuching untuk menyiapkan projek bagi Kursus yang sedang diikuti di sini sekejap tadi. Malu aku rasa dengan mereka dan member yang seangkatan kerana mereka tahu aku asal sana. Dan mereka siap tanya lagi boleh ke statement tadi dimasukkan dalam report. 

Wim Hendrikx, 61 dan isterinya Diana Hendrikx, 55 telah berada di Malaysia selama 8 minggu dan akan menghabiskan minggu terakhirnya di Kuching. Sebelum ini mereka telah melawat semua negeri di semenanjung dan Sabah. Pendedahan Wim dan Diana patut di ambil iktibar oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) agar dapat meningkatkan tahap kebersihan di bandar Kota Bharu. Pihak Majlis Daerah yang lain pun boleh bergerak dengan lebih proaktif dalam menjaga kecantikan dan kebersihan kawasan masing-masing supaya setiap pelancong yang datang ke negeri ini dapat membawa pulang pengalaman yang paling berharga dan sekaligus menjadi duta tidak rasmi kepada kita.

Rakyat Kelantan terutamanya penduduk bandar juga perlu memainkan peranan untuk menjaga kebersihan ini. Kerana andalah yang selalu berada di sana. Jika anda tidak memberi kerjasama dalam hal ini, yang ruginya ialah kita sendiri. Ini kerana industri pelancongan memberi impak yang besar terhadap ekonomi. Fikir-fikirlah..jangan malukan negeri kita yang mempromosikan imej Islam dengan sampah sarap merata tempat.


Wim

Diana

Peter

Tuesday, April 8, 2014

Nak tukar profesion plak..huhu

Hihi..tak de la sampai nak tukar profesion. saje tajuk buat gempak..huhu. Selama 3 hari bermula hari ini, aku akan mengikuti Kursus Asas Kewartawanan. Harap kursus ini dapat meningkatkan skill dan kemahiran dalam bidang ini.huhu.. sebelum ini, memang tak tahu langsung mengenai dunia ini. minat tu sudah ada, tapi sekarang wujud kekangan dari segi masa la plak.. Apa-apa pun, peluang ini memang terbaik dan aku harapkan dapat menimba sesuatu yang boleh memberi manfaat bukan setakat untuk aku sahaja tetapi orang sekeliling..