Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, May 28, 2013

Apabila para Ulama’ di pinggirkan

Semua orang tahu bahawa ulama’ adalah pewaris Nabi. Tetapi dalam dunia hari ini, orang lebih agungkan pihak artis berbanding para ulama’. Inilah realitinya yang berlaku di Malaysia. Bandingkanlah sendiri, berapa ramai manusia yang mengunjungi tempat-tempat yang menyediakan hiburan atau konsert dengan program-program agama atau yang berbentuk ilmiah. Inilah tanda-tanda dunia sudah berada di penghujung hayatnya. 

Kita perlu risau dengan situasi ini kerana masa depan Negara kita bergantung kepada kita hari ini. Jika yang memimpin Negara dari golongan yang suka kepada hiburan-hiburan yang melalaikan, maka tunggulah keruntuhan berlaku. Usaha perlu dijalankan bagi mengurangkan hiburan yang melalaikan sebaliknya kita menghidupkan suasana yang boleh mendekatkan diri kita kepada Pencipta.

Para ulama’ perlu aktif dalam hal-hal untuk mencorakkan modal insan yang bermutu untuk menjadi pelapis masa depan. Kita juga mesti melahirkan lebih ramai ustaz dan ustazah seperti Ustaz Azhar Idrus yang mencetuskan fenomena baru anak muda ke arah mendalami Islam. Semua ini mesti di mulai dari sekarang supaya anak muda kita tidak terpesong lebih jauh.
Post a Comment