Pada Sabtu lepas, 30 April 2011, Aku, famili dan Jije telah mengunjungi Taman Negara Bako di Serawak. Taman Negara Bako ialah taman negara yang tertua di Sarawak yang diwartakan pada tahun 1957 merangkumi kawasan seluas 27 km persegi, terletak kira-kira 37 km dari kota Kuching. Taman negara ini terkenal dengan kawasan semulajadi yang mempesona dan pelbagai habitat tumbuh-tumbuhan dan kehidupan liar.
Kami bergerak dari Bandar Kuching kira-kira pukul 7.00 pagi menaiki kereta. Perjalanan yang mengambil masa hampir sejam itu sangat mengujakan kerana ini kali pertama kami mengunjunginya. Setiba di perkarangan jeti, kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan di penanda yang di bina. Kami mendaftar masuk dengan bayaran RM10.00 satu kepala tidak termasuk bot.
Di jeti tersebut kami ternampak papan tanda yang bertulis "berhati-hati, ada buaya". Wah, seram juga bunyinya tapi hati teruja juga nak tengok. Kami bergerak menaiki bot menyusuri sungai. Keadaan paya pakau dikawasan sungai yang masih tidak diteroka amat cantik dan memukau. Sambil melihat keindahan bakau, kami tidak melepaskan peluang meninjau kawasan tebing untuk melihat jika ada buaya yang berjemur. Sehingga sampai di Teluk Paku, kami tidak bernasib baik untuk melihat binatang liar itu.
Dari Teluk Paku, kami meredah hutan dan bukit menuju ke HQ. Dalam perjalanan kami, kami dapat lihat bermacam jenis tumbuhan yang menghijau dengan udara yang nyaman dan menyegarkan. Kami juga sempat melihat monyet (tidak tau la apa nama dan jenis apa) bergayut di dahan pokok. Kami meneruskan perjalanan ke HQ. Laluan dari Teluk Paku ke HQ hanya sepanjang 800 meter yang mengambil masa hampir sejam.
Selepas ke HQ, kami patah balik ke Teluk Paku untuk pulang. Tambang bot dari jeti ke HQ ialah RM47.00 sehala. Dari HQ ke Teluk Paku pula RM18.00 sehala. Pada hari tu kami hanya sempat ke Teluk Paku sahaja kerana dah larat nak berjalan. Selepas menaiki bot dari Teluk Paku, kami terus ke jeti untuk pulang. Di bawah ialah gambar-gambar yang sempat kami rakam semasa pengembaraan kami.
No comments:
Post a Comment