Cuti Raya Cina haritu dapatla kesempatan untuk pulang bercuti di kampung aku, Tok Uban. Balik haritu guna jalan Jelebu-Karak. Mujur la tak terperangkap banjir. Pertama kali menggunakan jalan tu,pening gak rasa. Jalannya bersimpang siur. Kesian wife aku. Aku bertolak pukul 7 pg dan sampai kat kampung dalam pukul 5 petang. Semasa berada di kampung sempat juga menjengah Danau Tok Uban yang dah lama aku tak ke sana. Tu pun sebab wife yang ajak membonceng motor. Hehe.. Aku xtau nak bawa dia kemana so aku bawa la ke Danau tu. Boleh la rilek2 dan ambil angin skit. Panorama di Danau Tok Uban masih lagi sama masa aku kecil2 dulu. Tak berubah pun. yang berubahnya ialah kebun getah yang ditanam semula je.
No comments:
Post a Comment