بسم الله الرحمن الرحيم       
Suatu  cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar …  kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam  diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah  Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan  Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa  tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal  dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah  perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil  Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan  tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor  ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di  dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular  tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan  membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di  tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ  (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut,  rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita  yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan  untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar  yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan  jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan  apa-apa bila disentuh oleh mereka). 
Selepas  sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang  diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan  masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam  kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke  dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti  dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke  dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam  sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang  jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di  persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas  diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu  hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah  kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt  kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan  syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat  melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
No comments:
Post a Comment