Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila  seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya  di dunia.Dia  tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji  dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup  aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja  maka dia akan ditarik oleh anaknya.
Kedua:-  'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk  isterinya.  Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi  untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan  diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak  tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga  maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya..  jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya  dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di  akhirat.
Keempat:-'  Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang  ibu  perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan  dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka  kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah  di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka  kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus  memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-
"  Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api  neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."
Hai  wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta  anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu  sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan  dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita  semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga  seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH  S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim  masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH  S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN
No comments:
Post a Comment