Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, April 28, 2010

Tukar Kursus?


19 April 2010 lalu, saya telah menerima surat pertukaran kursus daripada kimpalan (KFL) ke Mekanik Kenderaan Motor (MKM). Setelah surat diterima, macam-macam yang berbunyi di belakang. Ada yang sebut pertukaran itu untuk sementara, ada yangt cakap kekal dan kata itu manipulasi terhadap saya. Untuk mendapat kepastian mengenai perkara tersebut, saya telah berjumpa dengan pengetua pada 26 April 2010. Pengetua telah mengesahkan surat tersebut dan berjanji untuk mengekalkan saya di MKM dan tiada perpindahan lagi selepas ini.

Keresahan saya terubat sedikit dengan janji yang diberikan oleh pengetua pada hari itu. Dengan semangat yang baru, saya pun berpindah la ke MKM. Tetapi, apa yang mengejutkan saya hari ini (28 April 2010) ketua Bidang Kemahiran telah mengesyorkan saya untuk menghadiri kursus MKM untuk tahun ini (2010). Yang tu ok la. Tapi yang peliknya untuk tahun depan (2011), saya di syorkan untuk menghadiri kursus Kimpalan Arka Logam.

Terkejut juga bila tengok borang tersebut. Macam saya dipermainkan saja. Mana janji pengetua pada saya? Atau Ketua Bidang Kemahiran tidak 'alert' dengan perkembangan tersebut. Saya bukannye bola untuk ditendang kesana dan sini. Yang mana satu saya nak 'concentrate'? MKM atau KFL? Bila berlaku camni, tak adil la bagi saya dan membuatkan saya hilang mood untuk mengajar. Jangan sampai pelajar saya terabai dengan pentadbiran yang tak betul sudah la.

Tapi yang pasti, diri ini masih lagi xpuas hati dengan apa yang berlaku.

No comments: