Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, December 14, 2018

Cabaran Hidup

KETIKA MASALAH DATANG DARI SEMUA SISI

Alkisah seekor rusa betina sedang hamil tua.
Ketika mendekati detik-detik kelahirannya, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di sisi hutan yang berdekatan dengan sungai.

Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi !

Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering ini terbakar dahsyat karena percikan api dari petir tersebut.

Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap melesatkan anak panah ke arahnya.

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang siap menerkamnya.

Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain :

1. Mati dimangsa singa.
2. Mati terkena panah.
3. Mati terbakar.
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai.

Bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari.

Lalu apa yang harus ia lakukan?
Bersedih dan merintih?

Menangis dan menjerit?
Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah?
Atau menyerah pada keadaan?

Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya.

Lalu apa yang terjadi?

Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu mati seketika.

Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut.

Rusa pun melahirkan dengan selamat !

Pelajaran penting dari kisah ini adalah :
Mungkin kau pernah mengalami kondisi seperti rusa ini…

Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega.

Masalah di tempat bekerja, masalah di dalam rumah, masalah di jalan, masalah dengan anak-anak kita semuanya datang bersamaan.

Seakan kau tidak bisa lagi berbuat apa-apa..

Lalu apa yang harus dilakukan?
Jadilah seperti Rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya.

Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan !
Lalu tinggalkan sisanya, karena disana ada Tuhan yang mengatur jalan kehidupanmu..

Sungguh ia lebih menyayangi hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu pada anaknya.

Jangan sampai engkau kehilangan harapan dan keimananmu !

Dia lah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu.

ۖ يُدَبِّرُ الْأَمْرَ ۖ مَا مِنْ شَفِيعٍ إِلَّا مِنْ بَعْدِ إِذْنِهِ ۚ ذَٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَاعْبُدُوهُ ۚ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
“Dia (Allah) mengatur segala urusan. Tidak ada yang dapat memberi syafaat kecuali setelah ada izin-Nya. Itulah Allah, Tuhanmu, maka sembahlah Dia. Apakah kamu tidak mengambil pelajaran?” (QS.Yunus:3)

Ingatlah selalu :

Jangan berkata, “Tuhan, aku memiliki masalah yang besar…”

Tapi katakan, “Hei masalah, aku memiliki Tuhan Yang Maha Besar !

وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰ أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.”* (QS.Yusuf:21)

Semoga bermanfaat

Monday, November 26, 2018

Aircond Proton Exora

Setelah 8 tahun guna Proton Exora, bulan ni kena aircond tak sejuk. Mula2 ingat compressor rosak. Mula la cari apa problem di internet. Jumpa la yang orang kongsi cerita pasal kerosakan aircond dia.. sebulan juga rasanya berpanas tanpa aircond semata-mata nk cari bengkel baiki aircond yg ok.. last hari ni hantar juga la repair.

Selepas di cek, compressor masih ok tapi gas dah kering. Dorang suspek cooling coil rosak. Cooling coil depan dah bocor. Atas nasihat pomen, dia suruh tukar cooling coil depan dan belakang. Habis la melayang rm1850.

Oh exoraku..











Sunday, November 18, 2018

ICERD : Dasar siapa, Kepentingan Siapa??

"Aku suka dgn tulisan ini..."

Tanah Melayu diserang Khmer(Angkor, Chenla) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Chola, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Siam/Thai(Sukhotai, Thonburi, Ayuthaya, Rattanakosin) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Portugese, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Belanda, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang oleh British, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Kalau nak pergi jauh sikit di Borneo, semasa Kesultanan Melayu Brunei di serang dan hampir dijajah oleh tentera Sepanyol dan Filipina, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan pulau Borneo? Yang akhirnya kemenangan di pihak Brunei, berjaya menghambat Sepanyol keluar dari Borneo. Begitu juga Melayu Banjar, mempertahankan Selatan Kalimantan/Borneo dari dijajah Belanda dan berakhir dengan kekalahan dan kejatuhan Kesultanan Banjar.

Tiba2 mereka datang nak hak samarata, nak hapuskan hak bumiputra. Padahal orang-orang Melayu dan Pribumi bermati matian mempertahankan Tanah Air Ini sejak dulu lagi. Kalau tanya mereka apa itu
Perang Musuh Bisik(Kedah-Thai) era Rattanakosin,
Perang Selangor&Johor-Belanda,
Perang Selangor-Thai era Rattanakosin,
Perang Melaka-Thai era Ayuthaya,
Perang Naning(Naning-British),
Perang Tiga Segi(Johor-Aceh-Portugese), Perang Johor&Belanda-Portugese,
Perang Srivijaya-Chenla,
Perang Srivijaya-Chola,
Perang Pattani-Thai era Thonburi&Rattanakosin
dan banyak lagi. Rasa2 mereka tahu ke tidak tentang peperangan2 ini? Mereka berada dimana semasa peperangan2 ini berlaku?

kami Bangsa Nusantara. Benua kalian nun jauh disana. Sini adalah Benua Kepulauan Nusantara Malay Archipelago. Kepulauan Melayu  ia meliputi seluruh Asia Tenggara, Champa (Cambodia, Vietnam kini) Selatan Thai, Singapura, Sumatera Riau, Kalimantan, Selatan Filipina, sparuh Myanmar dan kawasan sekitar nya. Rumpun keluarga kami besar di bawah Malayo-Polynesian Austronésia, ia meliputi hampir separuh dari peta dunia sehingga Madagascar. Nenek.moyang kami hebat di lautan maritim dan daratan belayar disekitar kawasan ini tanpa perlu pasport. Berlayar di atas kapal jong yang besar tanpa perlu Kompas, hanya ikut arah angin dan bintang. Sebutkan sahaja empayar empayar orang melayu, Langkasuka Fu Nan Kedah Tua Sriwijaya, Tambralingga, Sailendra, Majapahit etc sampai lah kami masuk islam beramai2 dan menubuhkan pula Kerajaan BerSultan dari situ mula lah penubuhan Kerajaan Kesultanan Melaka Johor Riau Acheh, Pahang, Selangor dll..

Jgn pernah kalian bermimpi mahu berkongsi hak dgn kami. Mana mungkin kami ingin berkongsi hak yang sama ke atas tanah pusaka wasiat peninggalan nenek moyang kami ini. Kami bumiputra semenanjung dan pribumi borneo akan pertahankan Perlembagaan yg telah diwarisi oleh kami hasil peninggalan nenek moyang kami untuk kami wasiat kan pula kepada generasi anak anak kami yg sdg membesar skrg ini dan utk generasi kami yg seterusnya.

Kau Umno, Kau PPBM, Kau Amanah, Kau Pas, Kau PKR, aku apa peduli, Kita di bawah panji yang sama bersatu di bawah penyatuan uumah dan bangsa jadi tolak politik demi survival anak anakkita esok #TolakIcerd #BersatuSemenanjung #BersatupribumiBorneo #DemiAnakBangsa