Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T. di atas kurniaan-Nya. 27.2.2012 yang lepas, isteri aku telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.7 kg. Alhamdulillah anak sihat walafiat dan dibenarkan keluar pada hari yang sama. Alhamdulillah..
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Mati kerana BR1M
2 hari lepas, seorang warga emas dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak di Kuching kerana pengsan ketika berasak untuk menerima duit Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Kejadian tersebut berlaku di Batu Kawa, Kuching.
Friday, February 24, 2012
Pengumuman SBPA di jangka 12 Mac
Bulan Mac nanti, PM akan mengumumkan hasil kajian semula SBPA yang telah dilakukan oleh JPA termasuk wakil Kesatuan dalam Perkhidmatan Awam termasuk CUEPACS. Pengumuman tersebut dijangka dapat merungkai segala ketidakpuasan hati berhubung skim itu yang mula diperkenalkan hujung tahun lepas.
Thursday, February 23, 2012
Cuepacs tuntut naik gaji RM700-RM2,500
Di petik dari sinarharian.com.my
22 Februari 2012
PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.
Wednesday, February 22, 2012
Debat Politik kurang di Malaysia
Debat politik mengenai isu-isu panas dan semasa kurang mendapat sambutan. Walaupun pihak pembangkang sering mencabar kerajaan untuk berdebat, tetapi pihak BN di lihat tidak berminat dengan perkara tersebut dan lebih suka dengan trend lama mereka.
Tuesday, February 21, 2012
Monday, February 20, 2012
Mana 1 yang betul
WOON menunjukkan gambar suspek kepada Chong di Wisma MCA, semalam.
Mana 1 yang betul? Dalam Berita Harian tulis seperti di background biru. Kosmo pula lain seperti di background hijau. Pening pula dengan berita sekarang. Moral of the story, tak boleh percaya bulat-bulat la berita yang disiarkan.
New Branding
Skim pinjaman SARA 1Malaysia yang di umumkan oleh PM baru-baru ini pernah wujud sebelum ini. Aku baru teringat Skim yang wujud pada era bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan diilhamkan oleh beliau bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin pada waktu tersebut hamper sama dengan
Sunday, February 19, 2012
Dah jumpa pon yang di cari
Ok dah jumpa yang aku cari. Senang je rupanya nak buat. Cuma tak tau tempat mana je.Ni la alamat dia http://www.linkwithin.com. sape2 yang berminat boleh la belajar dari blog member di bawah. Aku pun follow dorang je..huhu
Main Lompat-lompat
Setiap kali musim pilihanraya ada je berita arus perdana yang menyogok bahawa ada penyokong tegar PAS di Kelantan masuk UMNO/BN. Isu penyokong PAS lompat parti dan masuk UMNO di Kelantan ni dah semacam menjadi satu trend menjelang pilihanraya.
Saturday, February 18, 2012
DASAR PEMISAH : Senjata penamatan pegawai perkhidmatan
Dasar Pemisah yang akan dilaksanakan dalam Skim Baru Perkhidmatan Awam memberi kuasa kepada Jabatan untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai sekiranya tidak menunjukkan prestasi kerja cemerlang khasnya pegawai yang bermasalah atau berprestasi rendah. Penamatan pegawai boleh dilaksanakan sekiranya:
Waspada 'on' laptop atas tilam
SARIKEI: Kecuaian membiarkan komputer riba yang masih beroperasi dan diletak di atas tilam telah membawa malapetaka kepada seorang lelaki berusia sekitar 30-an dari Jalan Alamanda, Kampung Seberang, Sarikei, semalam.
Friday, February 17, 2012
20 Individidu Terkaya Malaysai 2012
Berikut ialah senarai lengkap 20 orang paling kaya di Malaysia pada 2012 (sehingga 20 Januari 2012):
Sekat laman sosial yang memudaratkan
Pertumbuhan penggunaan internet meningkat dengan drastic dan amat memberangsangkan bermula tahun 2000. Di Malaysia juga, akses kepada internet semakin mudah dengan pengenalan pelbagai produk komunikasi seperti P1 WIMAX, Jaring, Unifi serta broadband. Dirancakkan lagi dengan projek kerajaan
Thursday, February 16, 2012
Senior dah bersuara
Tun Mahathir telah memberi komen beliau berhubung isu NFC yang menjadi modal politik hari ini agar diselesaikan segera supaya tidak menjejaskan parti pada pilihanraya nanti. Tapi yang empunya diri masih lagi tidak mahu berganjak untuk mempertahankan kedudukannya.
Petikan kata-kata Tun: "Saya tak suruh dia meletak jawatan tetapi kita harus sentiasa fikir berkenaan masalah yang kita timbul kepada parti. Sebab itu, saya sendiri pun bila dah terlalu lama dan orang dah naik bosan, saya pun letak jawatan. "Jadi, janganlah sayang jawatan sangat sampai tidak mahu langsung dipisahkan daripada jawatan. Satu hari kita kena pisah juga," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber dari http://www.sinarharian.com.my/politik/mahathir-nasihat-shahrizat-jangan-sayang-jawatan-1.24120.
Inilah asam garam politik. Tapi kalau sayangkan parti, cepat-cepatlah belah supaya tidak dijatuhkan ataupun turun dengan cara yang memalukan.
Isu DEB
KUALA LUMPUR - Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Shah menyelar sesetengah pihak yang tidak amanah dalam menjalankan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sehingga dasar yang baik itu gagal mencapai matlamatnya untuk
Sekali lagi dilanjutkan
Tarikh tutup Program pemutihan pekerja dan pendatang asing yang dikenali dengan 6P dilanjutkan sekali lagi. Ini adalah kali yang ke 5 KDN berbuat demikian dalam hal 6P. Tarikh tutup yang baru ialah 10 April 2012
Wednesday, February 15, 2012
Sambutan Valentine
Terima kasih kepada pihak media di Malaysia kerana tidak mempromosikan hari tersebut seperti tahun-tahun sudah. Tiadanya liputan seperti ini diharap dapat mengurangkan kes-kes yang berkaitan dengan sambutan ini.
Tetapi, apa yang dikesali ada pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu ini. Pihak tersebut sengaja menggunakan hak asasi atau kebebasan sebagai senjata utama mereka. Puak-puak ini tidak patut dilayan atau pun diberi layanan kerana desakan mereka bukan sahaja boleh mendatangkan masalah kelak malahan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan yang sebati di dalam masyarakat asia.
Harus diingat bahawa hak asasi itu atas batasnya. Dalam Islam, Al-Quran dengan jelas menyatakan apa yang wajib, harus dan haram. Baca dan fahami surah Ar-Rahman supaya kita tidak lalai dalam menempuhi hidup masa depan agar kita tidak tersesat.
Tuesday, February 14, 2012
Sunday, February 12, 2012
Menjelang PRU
Samada kita sedar atau pun tidak, perkara inilah yang sering berlaku apabila menjelang pilihanraya:
- Tuduh-menuduh dan fitnah-memfitnah berleluasa.
Kerana Stress, Pendidik tergamak Bunuh Diri
Ya Allah, dimana la letaknya pertimbangan seorang Islam yang sanggup bunuh diri sedangkan perbuatan itu tidak diampunkan oleh Allah walaupun semasa hidupnya seorang alim. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku
Friday, February 10, 2012
Korbankan Syarikat GLC
Dalam keghairahan menambah nilai ekuiti Bumiputera, kerajaan cuba melupus dan memindah syarikat-syarikat milik GLC kepada syarikat Bumiputera yang berkelayakan. Perkara itu adalah antara lima keputusan yang dipersetujui mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan beliau di sini semalam.
Apa yang diragui ialah
Thursday, February 9, 2012
Isu KV
Belum pum sampai setengah tahun pelaksanaan projek rintis Kolej Vokasional (KV) dah pun kedengaran isu yang berbangkit dari kalangan ibu bapa. Isu yang timbul dan menjadi perbualan ialah ke mana hala tuju pelajar
Wednesday, February 8, 2012
Slide dah nak tutup
Satu laman yang menyediakan perkhidmatan penayangan gambar album bagi ahli yang mempunyai akaun berdaftar dengannya yang dikenali sebagai Slide (www.slide.com) akan ditutup pada 6 Mac 2012. Mesej ini dihantar sendiri oleh pihak Slide.
IMPORTANT REMINDER: Slide.com will be shutting down on March 6th 2012. Please click here to start exporting your content prior to this date or it will be lost. Thanks for using Slide.com!
Aku suka menggunakan slide.com untuk posting gambar gambar kerana mudah dan cepat. Upload je gambar dalam akaun, slide akan generate dalam HTML dan boleh la posting kat blog. lagi pun ia free je.
Erm, ada ke laman lain yang beri perkhidmatan sama macam ni? Woa... :(
Tuesday, February 7, 2012
Kebajikan Pekerja
Semua pekerja dinasihatkan supaya bernaung di bawah kesatuan pekerja yang diwujudkan supaya kebajikan dan kepentingan diri kita dapat dibela. Ia juga dapat menghindarkan diri kita daripada ditindas dan dibuli oleh
8TV dan TV9
8TV dan TV9 antara 2 syarikat tv yang mempunyai jenama yang cukup hebat di bawah Pengurusan Media
Monday, February 6, 2012
KEMASKINI PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI
Kepada semua lepasan SPM 2011 yang memohon ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 hendaklah mengemaskini permohonan anda. Tempoh pengemaskinian maklumat anda dibuka mulai 6 Februari 2012 sehingga 19 Februari 2012. Pelajar SPM 2011 yang memohon melalui internet hanya perlu menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM untuk masuk. Sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844040/4031 atau layari laman sesawang http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm.
Tahniah TVAlHijrah
Setelah 2 tahun lebih di tubuhkan, TV AlHijrah telah berada dikedudukannya tersendiri. Program-program yang disiarkan berbentuk Islamik dan menepati kehendak semasa masyarakat Malaysia kini.
Antara program yang menarik dan mendapat sambutan hebat dan mempunyai peminatnya tersendiri ialah rancangan 30 Minit Ustaz Don. Program ini mengupas tentang pelbagai topik yang berkaitan dengan
Sunday, February 5, 2012
Sambutan Maulidur Rasul
Setiap 12 Rabiul Awal dalam kalendar Hijri merupakan ulangtahun hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W. Setiap tahun umat Islam meraikan keputeraan Baginda Rasulullah dengan pelbagai aktiviti keagamaan.
Di Malaysia, cuti umum diberikan setiap kali tiba 12 Rabiul Awal. Sebagai sambutan kita mengadakan
Saturday, February 4, 2012
Friday, February 3, 2012
Program Transformasi Minda (PTM)
PTM akan dilaksanakan di bawah Skim Baru Perkhidmatan Awam. PTM akan menggantikan Kursus Induksi Skim Saraan Malaysia (KISSM) yang sebelum ini. SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011- PROGRAM TRANSFORMASI MINDA telah memperincikan perjalanan program ini termasuk objektif, syarat kelayakan, pelaksanaan PTM dan banyak lagi.
Maklumat lanjut:
Schoolnet menyekat maklumat
Kemudahan internet telah menjadi satu keperluan dalam bidang pekerjaan hari ini terutama dalam bidang pendidikan. Banyak perkara yang hendak di ketahui boleh di akses dengan mudah dan cepat melalui internet. Internet juga telah memudahkan kerja seperti pembayaran bil utility dengan mudah dan cepat tanpa membazirkan masa untuk beratur di kaunter.
Hampir semua sekolah di Malaysia telah mendapat kemudahan internet yang dikenali dengan schoolnet.
Wednesday, February 1, 2012
Kuota Bumiputera
Selamatkan kuota daripada terlepas
PERSATUAN Pemaju Hartanah Bumiputera Selangor (PPHBS) mencadangkan kuota perumahan Bumiputera yang tidak terjual dibeli gabungan golongan Bumiputera kelas pertengahan atau golongan profesional bagi menyelamatkan aset berkenaan daripada terlepas di pasaran bebas.
Presidennya, Mohammad Sahar Mat Din berkata, jika dilihat daripada aspek komersial, isu membuka kuota
Subscribe to:
Posts (Atom)