Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, February 7, 2012

8TV dan TV9


 
8TV dan TV9 antara 2 syarikat tv yang mempunyai jenama yang cukup hebat di bawah Pengurusan Media
Prima Berhad iaitu Konglomerat media terbesar di Malaysia. Tetapi setelah 4 tahun lebih 8TV dan TV9 bersiaran di Malaysia tapi siarannya belum lagi menyeluruh. Siarannya tidak meliputi setiap negeri seperti adik-beradiknya yang lain iaitu TV3 dan NTV7.

Alternatif lain untuk menonton rancangan 8TV dan TV9 ialah di Astro. Tu pun hanya bagi mereka yang mampu melanggan Astro yang paling murah pun RM40 sebulan. Apa yang kita tahu ialah bukan semua rakyat mampu untuk melanggan Astro terutama penduduk miskin.

Kami di Sarawak pun teringin juga hendak menonton rancangan di 8TV dan TV9. Bagi aku yang bukan penduduk asal Sarawak ni, tak berbaloi rasanya untuk melanggan Astro. Lagi pun kami yang di posting ke sini masih lagi berharap untuk untuk pulang ke Semenanjung.

Adalah menjadi harapan kami, yang berpendapatan rendah dan tidak mampu melanggan Astro, memohon agar Kumpulan Media Prima dapat melebarkan sayap 8TV dan TV9 ke Sarawak ini dalam masa terdekat kerana kecemerlangan syarikat membuat keuntungan yang besar kebelakangan ini. Anggaplah ini sebagai tanggungjawab sosial Kumpulan Media Prima untuk penduduk miskin dan sederhana di sini. Kami di sini pun teringin untuk menonton rancangan di 8TV dan TV9.

p.s.:Internet ni pun mujur dpt free..

No comments: