Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, February 18, 2012

Waspada 'on' laptop atas tilam

SARIKEI: Kecuaian membiarkan komputer riba yang masih beroperasi dan diletak di atas tilam telah membawa malapetaka kepada seorang lelaki berusia sekitar 30-an dari Jalan Alamanda, Kampung Seberang, Sarikei, semalam.



Penghulu Awang Ahmad yang menjadi ketua masya-rakat di kawasan terbabit ketika dihubungi pemberita bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian itu berkata, pada masa kejadian mangsa baharu selesai menyempurnakan tugasan dengan komputer terbabit di bilik tidurnya.
“Selepas selesai menyiapkan tugasan tersebut mangsa telah pergi ke bilik air untuk mandi dan selang beberapa minit kemudian mangsa telah terhidu bau asap kebakaran.
“Berikutan itu, mangsa telah bergegas keluar dari bilik air dan mendapati komputer yang diletaknya di atas tilam sedang terbakar dengan maraknya.
“Melihat kejadian itu mangsa telah berusaha memadamkan api dengan menarik tilam tersebut ke bilik mandi namun dalam usahanya itu mangsa turut mengalami ke-lecuran di beberapa bahagian badan,” kata Awang.
Tambahnya, kejadian itu turut mendapat perhatian daripada isteri dan jiran mangsa yang turut sama berusaha membantu memadamkan kebakaran itu dengan menggunakan sumber air dari rumah terbabit.
Jiran-jiran lain mangsa yang turut sedar dan melihat kejadian tersebut telah bertindak pantas menghubungi pihak bomba dan dalam beberapa minit selepas menerima panggilan, sepasukan pihak bomba dengan sebuah jentera telah tiba di lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
Namun begitu kebakaran tersebut telah berjaya di- kawal oleh penduduk dan jiran mangsa dan hanya memus-nahkan bilik tidur mangsa sahaja.
Mangsa dan isterinya yang mengalami beberapa kece-deraan dan melecur di bebe-rapa bahagian badan telah dibawa oleh jirannya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei.
Sumber dari Utusan Borneo

No comments: