Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, February 16, 2012

Sekali lagi dilanjutkan

Tarikh tutup Program pemutihan pekerja dan pendatang asing yang dikenali dengan 6P dilanjutkan sekali lagi. Ini adalah kali yang ke 5 KDN berbuat demikian dalam hal 6P. Tarikh tutup yang baru ialah 10 April 2012
iaitu 2 bulan selepas dari sekarang. Tarikh tutup program 6P dilanjutkan untuk memberi peluang kepada majikan dan mengikut kehendak mereka supaya mendaftarkan pekerja asing masing-masing yang sebelum ini mendakwa bahawa kelewatan penyerahan passport dikedutaan asing menyebabkan mereka tidak dapat mendaftar.


Tempoh yang diberi agak oleh KDN agak panjang dengan harapan masalah ini dapat diselesaikan sepenuhnya dan tidak lagi timbul mengenai tempoh yang diberikan. Jika masih lagi ada yang terlepas peluang ini bermakna memang majikan tersebut degil dan tidak memberi kerjasama dalam mengatasi masalah pendatang haram. 

Selepas tempoh ini berakhir diharapkan pihak berwajib tidak lagi melayan dengan kelembutan dan sikap memanjakan pihak majikan kerana akan mendatangkan was-was dikalangan masyarakat dan KDN akan dilihat tiada pendirian tegas dengan isu ini.

Artikel berkaitan
http://www.sinarharian.com.my/nasional/tarikh-proses-pemutihan-program-6p-dilanjut-ke-10-april-1.23965

No comments: