Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, February 17, 2012

Sekat laman sosial yang memudaratkan


Pertumbuhan penggunaan internet meningkat dengan drastic dan amat memberangsangkan bermula tahun 2000. Di Malaysia juga, akses kepada internet semakin mudah dengan pengenalan pelbagai produk komunikasi seperti P1 WIMAX, Jaring, Unifi serta broadband. Dirancakkan lagi dengan projek kerajaan
yang menyediakan WiFi secara percuma di kawasan pilihan memudahkan lagi penduduk mengakses maklumat di internet.

Selari dengan perkembangan ini, muncul pula insan-insan yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menyebarkan dakyah atau fahaman atau agenda peribadi yang bukan saja tidak berguna malah boleh mendatangkan masalah kepada Negara jika tidak dibendung atau disekat mulai sekarang. Laman-laman ini sudah lama wujud dan mungkin sudah mempunyai pengikut sendiri. Apa yang dibimbangi ialah suara yang senyap ini boleh menumbangkan sebuah Negara yang kuat kerana ‘barah’ yang dianggap tidak merbahaya akan sampai ke tahap kritikal jika dibiarkan tanpa pemantauan. Contoh di Mesir sudah cukup bagi pemerintah untuk menilai sejauh mana kuasa senyap ini.

Mungkin kita fikir apa yang berlaku di luar Negara tidak berlaku di sini kerana perjuangan mereka berlainan dengan kehendak kita. Tapi siapa yang sangka dan siapa yang boleh menduga perkara kemudian hari. Masa depan Negara bergantung kepada anak muda hari ini. Jika anak muda hari selalu di sogok dengan laman-laman lucah, LGBT, ajaran sesat dan banyak lagi yang tersiar dan dibuka luas untuk tontonan umum di internet, cuba bayangkan orang yang macamana yang akan jadi pemimpin. Takkan kita nak tengok PM yang ahli LIWAT.

Oleh yang demikian, MCMC atau SKMM disarankan supaya menyekat laman web atau laman sosial yang boleh mendatangkan kemudharatan kepada masyarakat di Malaysia. Laman-laman ini dah wujud dan dikhuatiri menjadi ‘barah’ yang boleh ‘membunuh’ keharmonian, keamanan, dan perpaduan di Negara yang tercinta ini.

No comments: