Ya Allah, dimana la letaknya pertimbangan seorang Islam yang sanggup bunuh diri sedangkan perbuatan itu tidak diampunkan oleh Allah walaupun semasa hidupnya seorang alim. Perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku
terutama dikalangan umat Islam. Semua masalah atau penyakit ada ubatnya kecuali mati sahaja yang Allah tidak ciptakan penawar atau ubat.
terutama dikalangan umat Islam. Semua masalah atau penyakit ada ubatnya kecuali mati sahaja yang Allah tidak ciptakan penawar atau ubat.
Banyak cara untuk mengatasi masalah, contohnya berkongsi masalah tersebut dengan orang yang terdekat dengan mencerikan segala masalah kita. Cara lainnya ialah berjumpa dengan pihak kaunseling atau pakar psikologi di hospital-hospital. Dalam masyarakat kita ni masalahnya, memberi justifikasi negatif kepada orang yang menerima rawatan dari pakar psikologi. Jika kita fikir hanya orang yang sakit mental je yang perlu dapat kaunseling dari pakar psikologi, tu sebenarnya tanggapan yang salah. Pakar psikologi bukan setakat merawat orang gila, tetapi selain pada itu memberi nasihat untuk penyelesaian masalah bagi orang yang memerlukan.
Sebagai manusia kita kena mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi tetapi dengan bukan cara membunuh diri. Implikasi membunuh diri amat besar selain daripada mengaibkan keluarga, ia juga mendatangkan kesusahan dan kerisauan kepada ahli keluarga kerana memikirkan atas yang berlaku.
Artikel berkaitan
No comments:
Post a Comment