Skim pinjaman SARA 1Malaysia yang di umumkan oleh PM baru-baru ini pernah wujud sebelum ini. Aku baru teringat Skim yang wujud pada era bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan diilhamkan oleh beliau bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat miskin pada waktu tersebut hamper sama dengan
yang di umumkan Najib.Skim pinjaman ini sebelum ini hanya menyasarkan golongan bumiputera yang miskin. Aku tak pasti tahun yang tepat tetapi hamper 20 tahun lepas la. Arwah ayah aku salah seorang penerima pinjaman tersebut pada waktu itu. Tapi orang kampong rata-rata fikir itu duit yang diberi kerajaan. Pada masa itu pengeluaran dibuat setahun sekali dan kebiasaanya penerima akan menyerbu Bank Bumiputra setiap kali Januari selepas agihan dividen dan bonus.
SARA 1Malaysia dilihat hanya sebagai jenama yang diperbaharui atau ‘rebranding’ sahaja. Bezanya SARA 1Malaysia di buka untuk semua kaum dengan kaedah hamper sama dengan sebelum ini.
Apapun semoga program ini memberi manfaat kepada golongan sasar dan mencapai objektif pelancaran produk ini dan jangan dilihat hanya memberi keuntungan atau nilai tambah kepada bank dalam mengharungi kemelesetan ekonomi di eropah.
No comments:
Post a Comment