Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, November 13, 2012

Komen Pasal PBS

Orang Kelate di perantauan kena tengok


‎[001] TINJAUAN PENDAPAT SECARA RAMBANG: Pada pendapat saudara/i, laluan penerbangan manakah dari Kota Bharu ke Malaysia Timur yang wajar dipertimbang dan diperkenalkan oleh syarikat penerbangaan terutamanya AirAsia dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan pilihan seperti berikut:-
(1) KOTA BHARU - KOTA KINABALU
(2) KOTA BHARU - KUCHING
(3) Kota Bharu - Miri
(4) Kota Bharu - Sibu


Nota: Sila pilih salah satu daripada pilihan yand diberikan dan kalau boleh nyatakan sebab-sebab mengapa membuat pilihan tersebut. Pilihan yang dibuat mestilah berdaya maju (viable) dengan mengambil kira kepentingan umum (konteks yang lebih besar) dan juga kepentingan laluan penerbangan tersebut. 



Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Sertai kajian ini di: http://www.facebook.com/bandarrayakotabharu

Pusat servis

Semalam, aku pergi servis kereta. Problem kali ni, lampu ABS di dashboard menyala. Pada hari Sabtu, aku pergi check di Proton 3S Kuching. Dia kata ada FRI Light Sensor rosak. Lepas tu dia kata hari Sabtu tak buat repair. Dia suruh aku buat appointment untuk hari Isnin. Aku tanya pukul berapa yang masih kosong untuk appointment. dia kata pukul 9.00 pagi. Ok la kul 9 pagi. tak la lewat sangat.

Pada hari Isnin tu aku sampai dalam pukul 8.50 pagi. Tunggu hampir 20 minit untuk daftar. Kul 9.10 baru dapat daftar kereta aku. Lepas tu, tunggu punya tunggu sampai dah naik kembung perut minum air yang disediakan masih lagi kereta tersidai di luar bay dan belum di bawa masuk untuk servis. Aku tengok dah pukul 11 baru kereta di bawa masuk ke tempat servis. 

Pergh memang teruk la aku rasa pusat 3S Proton sini. Dah buat appointment tapi dia boleh main-mainkan masa kita pulak. Hampir separuh hari aku menunggu kat situ. Dah 5 minit nak pukul 1 tengahari baru kereta aku siap. Kalu servis yang buatkan masa lama aku masih boleh terima lagi. Tapi yang buatkan aku sakit hati sangat masa appointment pukul 9 tapi kereta dimasukkan untuk servis pukul 11. 2 jam menunggu dengan sia-sia. Dah la tidak minta maaf. Bongok betul..

Friday, November 9, 2012

PBS baik untuk pelajar?

Ramai guru-guru yang merungut dengan pelaksanaan Peperiksaan Berasakan Sekolah (PBS). Apa yang dirisaukan bukannya bebanan yang akan ditanggung tetapi prestasi pelajar yang keluar nanti. Macamana dengan kualiti pelajar?

Yang dirisaukan macamana dengan masa depan mereka? 

Friday, November 2, 2012

PTPTN

Erm mati-mati aku ingat kalau bayar ansuran bulanan secara konsisten dan berterusan dapat 10% potongan untuk jumlah pinjaman PTPTN. Rupanya benda tu pun diletakkan tempoh masa.2 hari lepas aku ke pejabat PTPTN untuk bertanya hal itu. Rupanya yang 10% itu dapat jika bayaran dapat dilangsaikan dalam tem[poh setahun.

Rupanya, tiada diskaun untuk orang miskin seperti aku ini. Adil betul kerajaan. Diskaun diberi untuk orang kaya yang mampu melangsaikan dalam tempoh tersebut sahaja. Erm lepas ni aku dah tahu siapa yang aku akan pangkah untuk PRU nanti.

Thursday, November 1, 2012

Aplikasi HRMIS menyusahkan


Aplikasi HRMIS  telah lama diperkenalkan di jabatan-jabatan kerajaan. Di sekolah pula, tahun ini cikgu-cikgu di arahkan untuk mengisi sendiri Sukatan Kerja Tahunan (SKT) salah satu elemen dalam HRMIS secara online. Sebelum ini, SKT ini di isi secara manual dan dihantar kepada PK1.

Selepas arahan ini, bermacam masalah timbul dikalangan cikgu. Ada juga masalah yang belum selesai sehingga sekarang. Antara masalah yang timbul ialah liputan internet sekolah yang amat terhad dan kadang-kadang terlalu ‘slow’. Access kepada halaman HRMIS pula terlalu lambat sehingga membazirkan masa. Ada juga maklumat yang telah di ‘key-in’ tidak dapat disimpan. Ada juga yang langsung tidak dapat access ke halaman tersebut. Hal ini telah dilaporkan kepada pihak pengurusan tetapi tiada tindakan yang di ambil.

Di harapkan aplikasi HRMIS ini dapat dinaik taraf dengan mempelbagaikan capaian menggunakan Mozilla firefox atau Google Crhome. Ini kerana Internet explorer tidak lagi praktikal kerana terlalu ‘slow’. 

Tuesday, October 23, 2012

Dasar Kerajaan merapuhkan institusi kekeluargaan


Guru antara kakitangan awam yang paling ramai anggota. Dasar Pembangunan Pendidikan terbaru yang dibentang in gin mewujudkan hanya satu sesi persekolahan di seluruh Malaysia dengan waktu pembelajaran dilanjutkan. Kerajaan akan memperkenalkan sistem kerja 9 jam untuk semua sekolah mulai tahun 2017. Ini bermakna guru dan pelajar akan berada di sekolah selama lebih 9 jam sehari selepas ini.

Dasar ini amat dikhuatiri kerana masa yang terlalu lama berada di sekolah telah mengurangkan waktu untuk bersama keluarga. Ini kerana masa untuk bersama keluarga menjadi amat terhad. Apa yang dikhuatiri ialah akan wujud hubungan renggang atau dingin antara anak dan ibu bapa kerana sibuk dengan hal masing-masing. Waktu malam tiada lagi waktu untuk bersama kerana kepenatan di siang harinya. Dikhuatiri juga, ibubapa tidak lagi sempat untuk menjaga dan memerhati  perilaku anak-anak sehingga akhirnya mereka terjebak dengan gejala sosial yang amat meruncing kini dan belum ada sebarang program pun lagi yang terbukti berkesan untuk menangani kes tersebut.

Apa yang amat dirisaukan ialah kesannya amat menakutkan kerana kekurangan kasih sayang daripada ibubapa akan menyebabkan anak-anak memberontak . Akhirnya mereka tidak lagi menghormati ibu bapa dan orang tua. Teguran ibubapa tidak lagi didengari. Buktinya sekarang pun sudah ada. Lihatlah berapa ramai ibubapa yang dibuang oleh anak-anak sendiri. Ada yang di hantar ke pusat jagaan orang tua dan ada lagi yang menyedihkan dibiarkan sahaja dijalanan.

Menjadi harapan sangat agar kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan menyeluruh supaya dasar yang akan diperkenalkan nanti bukan sekadar untuk melahirkan pelajar yang pandai dan berguna untuk di dunia sahaja tetapi berguna dan selamat untuk dunia dan akhirat. Janganlah sesuka hati memperkenalkan dasar baru yang akhirnya meruntuhkan asas yang amat penting iaitu kekeluargaan.

Jenayah semakin menjadi di Kelantan


1. Kes curi kereta – macam-macam taktik digunakan untuk mencuri kereta. Kebanyakan kereta yang di curi di bawa ke arah  Machang atau Grik. Kebanyakan kereta yang di curi dijumpai di kawasan hutan dan telah pun di ambil barang yang berharga.

2. Kes samun – Bukan lagi menyamun beg  tangan atau barangan kecil. Telah menumpu kepada kedai-kedai runcit. Lebih berbahaya lagi menggunakan senjata seperti parang dan pistol.

Kebelakangan ini, kebanyakan kes adalah melibatkan senjata api. Contoh yang melibatkan senjata api, pengawal keselamatan istana, penjaga kedai runcit berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Peliknya macamana pistol ini sewenang-wenangnya digunakan penjenayah. Amat menakutkan rakyat walaupun jarang-jarang berlaku.

Pihak polis perlu bertindak segera membendung jenayah seperti ini. Kawasan sempadan pula perlu dijaga dengan rapi supaya penyeludupan senjata berbahaya dapat dihindari daripada terus diseludup ke Negara ini sehingga menimbulkan huru hara. Rakyat yang mengetahui kegiatan yang boleh memberi bahaya kepada orang lain atau kegiatan yang mencurigakan perlu melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya dapat di banteras denga segera. Kerjasama semua pihak amat penting dalam menjamin keselamatan semua pihak.

Thursday, October 18, 2012

Makin Banyak

Sesi meluahkan perasaan. Semakin hampir dengan cuti ni, makin bertambah pula beban kerja. Macam-macam program pula timbul hujung-hujung ni. Tapi Alhamdulillah, harap cuti tahun ni tidak diganggu dengan program 5S lagi macam yang berlaku tahun lepas. Tahun lepas tak dapat nak cuti sampai la buka sekolah balik kerana sibuk dengan pensijilan 5S. 

Tahun ini, pembaharuan sijil 5S akan diadakan minggu depan.  Tu pun sebab ramai yang dah komplen suruh di awalkan. Kalau ikut tempoh, bulan 12 baru habis. Tiap-tiap minggu diadakan gotong royong pasal 5S. Sampai kerja sendiri pun dah banyak tertangguh.

Minggu depan juga, dah start final exam. Mujur la kertas exam dah standby dari tengah tahun hari tu lagi. Macam mana la dengan budak nanti. Kan ada yang menjawab pasal 5S walaupun soalan tanya lain.

Laporan aktiviti pun belum siap lagi. Erm dah la..internet pon lembab betul hari ni..baik aku buat kerja..

Tuesday, October 16, 2012

Jangkitan Tibi


Jumaat lepas, pihak Jabatan Kesihatan telah datang ke sekolah untuk membuat saringan penyakit Tibi. Semua warga sekolah disuntik ubat saringan pada hari tersebut. Saringan ini dibuat selepas beberapa orang pelajar dan guru di syaki dijangkiti penyakit Tibi bulan lepas.

Hari ini, mereka datang lagi untuk melihat kesan ubat saringan yang disuntik Jumaat lepas. Jika terdapat kesan merah di kawasan suntikan sebesar 10mm dank e atas, individu itu di suruh untuk membuat saringan kedua dengan menghantar sampel air liur yang di ambil sebelum gosok gigi pada esok hari dan dihantar ke poliklinik sebelum jam 9.00 pagi esok.

Dalam pemeriksaan tadi, ramai juga yang dikenakan saringan kali kedua termasuklah aku sendiri kerana kesan ubat suntikan melebihi 10mm. Berdebar rasa, takut dijangkiti Tibi.

Notis terbaru yang dipaparkan di sudut info supaya semua guru dan AKS membuat ujian X-Ray di hospital. Tempoh yang diberi ialah dari 16 sept hingga 27 Sept ini.

Monday, October 15, 2012

Kelantan perlu serius gandakan Industri Pelancongan


Kesempatan hujung minggu semalam aku gunakan untuk berjalan-jalan sambil melihat perkembangan industri pelancongan di Kuching. Sarawak amat kedepan dalam industri pelancongan jika dibandingkan dengan Kelantan.

Semalam aku ke Serikin. Serikin ialah sebuah pecan bersempadan dengan Indon yang menjual barangan murah sama seperti di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga. Barangan yang dijual disini cukup murah berbanding dengan dikedai biasa. Apa yang terkejut, dari hujung pasar ke hujung pasar di Serikin ni, ada je orang yang bercakap loghat Kelantan. Baru aku perasan, ramai rupanya orang Kelantan yang bermastautin di sini.

Berbalik kepada tujuan asal aku tulis artikel ini, aku pasti industri pelancongan memberikan limpahan yang luas kepada ekonomi setempat. Ini kerana, orang tidak berkira tentang duit apabila datang melancong. Apa yang mereka cari ialah kepuasan.

Bayangkan, kebanyakan tempat pelancongan di Sarawak ini perlu bayar untuk masuk. Bukan murah bayarannya. Sebagai contoh untuk masuk ke Kampung Budaya, orang semenanjung perlu bayar RM60 satu kepala. Itu pun masih lagi ramai yang datang.

Di Kelantan, kita ada banyak kelebihan. Kebanyakan tempat kita masuk percuma sahaja. Yang perlu bayar jika ada pun tandas dan parking kenderaan sahaja. Tetapi apa yang kita kurang ialah kita tidak menjaga kawasan pelancongan kita dengan baik. Keadaan ini menyebabkan ramai pelancong yang hanya sekali datang sahaja kerana kecewa dengan apa yang berlaku terutama dikawasan pantai dan air terjun yang kotor dan tidak terurus. Padahal tempat-tempat begini memang menjadi tumpuan pelancong.

Aku cadangkan agar kerajaan negeri mengambil langkah wajar dan serius untuk menaikkan ekonomi Kelantan dengan memperluaskan lagi produk pelancongan di Kelantan. Kelantan tidak boleh bergantung kepada industri tertentu sahaja sebaliknya mempelbagaikan industri untuk terus maju dan bersaing dengan negeri lain.Tentang promosi pula, kita dah ada ramai duta-duta kecil yang selalu mempromosikan Kelantan seperti blogger, orang perseorangan dengan pelbagai cara yang mereka ada. 

Lebih 0.5% kakitangan awam sakit mental

Bila dilihat dari segi % memanglah angkanya terlalu kecil. Tetapi, bila dilihat dengan angka 0.5% daripada hamper 1.4 juta kakitangan awam telah mewakili 7000 orang dan jika 1% telah mewakili 14000 orang. Angka ini amat besar.

Kerajaan harus mengambil sikap serius untuk menangani kes-kes sehingga menyebabkan sakit mental dikalangan kakitangan bagi menjaga kebajikan awam. Apakah langkah-langkah yang telah di ambil untuk menangani kes sebegini? Apakah kebajikan yang diberi kepada individu yang terlibat? Apa yang  keluarga mereka dapat selepas pegawai disahkan mengalami gangguan mental sehingga  kehilangan upaya untuk mencari rezeki untuk keluarga? 


Friday, October 12, 2012

Negara Islam Malaysia


Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku dalam scenario Negara kita. Ada perubahan yang baik untuk kita dan ada juga yang cuba untuk menjahanamkan masa depan rakyat Malaysia dan sedikit demi sedikit mengikis budaya Islam dalam masyarakat.

Samada kita sedar atau buat-buat tidak sedar kerana sudah seronok dengan perkara tersebut, amalan dalam Islam ketika hari kebesaran iaitu hari Jumaat semakin di hakis. Islam membesarkan hari Jumaat kerana banyak peristiwa berlaku pada hari tersebut seperti Nabi Adam diturunkan ke bumi, Al-Quran diturunkan, hari terjadinya Kiamat dll.

Pada hari Jumaat juga bermula pada malamnya (malam Jumaat dikira selepas waktu maghrib pada hari Khamis) kita disunatkan membaca surah Yasin. Sebelum Solat Jumaat pula kita di sunatkan mandi, pakai bau-bauan, datang awal ke masjid dan beri’ktikaf dalam masjid. Pada hari Jumaat juga kita disunatkan menghias diri termasuk memotong kuku dan mencukur bulu. Allah menjanjikan pahala yang berganda bagi amalan baik yang dilakukan pada hari Jumaat.

Tapi kini, sadis, sedih, kesian pun ada kerana hari Jumaat tidak lagi diagungkan oleh masyarakat Islam sendiri. Ada ke patut, malam Jumaat diadakan perlawanan bola sepak yang melalaikan bukan setakat pemain bahkan ribuan penonton. Kalau ada pun masih ingatkan Allah waktu bersorak bola itu, mereka sudah terlepas berbagai amalan sunat.

Lebih menyedihkan lagi apabila malam Jumaat yang sepatutnya diselitkan program-program yang berunsur keagamaan tetapi diisi dengan cerita-cerita karut dan tahyul oleh stesen TV swasta. Cerita-cerita sebegini bukan sahaja melalikan bahkan boleh memesongkan akidah umat Islam jika disalah ertikan oleh mereka yang jahil tentang agama.

Malu aku dengan mereka yang bukan Islam dek kerana Islam diperkotak-katikkan dalam sebuah Negara Islam bahkan pemimpin Islam itu sendiri. Perkara patut direnung oleh semua pihak. Jangan hanya mencari untung dunia yang sementara sahaja kerana yang kekal nanti ialah alam akhirat. Sama-samalah kita berubah dan mengubah apa yang tidak betul sehingga semuanya kembali ke fitrah. InsyaAllah…


Thursday, October 11, 2012

Takwim persekolahan sesi 2013

Bagi guru-guru yang ingin merancang aktiviti tahun depan, boleh la tengok2 takwim dahulu. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20Penggal%202013_3Okt2012.pdf. Bagi Kolej Vokasional pula, saya tak taula takwim ini terpakai atau tidak.

Pusat Asuhan di setiap Jabatan


Penubuhan pusat asuhan kanak-kanak di setiap jabatan memang di sambut baik oleh semua kakitangan kerajaan. Ini kerana ia adalah satu kemudahan yang memang diperlukan terutama dibandar. Penubuhan pusat asuhan di Jabatan dapat mengurangkan pembaziran masa untuk menghantar dan mengambil di pusat asuhan swasta seperti yang berlaku sekarang sekaligus boleh mengurangkan kos perbelanjaan bulanan isi rumah.

Saya mencadangkan agar perkara ini dapat dilanjutkan dan dilaksanakan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia juga. Aku lihat pusat asuhan ini amat sesuai di buka di sekolah yang mempunyai beberapa sekolah yang berdekatan. Contohnya, di Batu Lintang, Kuching mempunyai satu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang,  Kolej Vokasional Kuching, SMK Batu Lintang, SK Batu Lintang dan Sekolah Pendidikan Khas Batu Lintang. Kedudukan setiap jabatan ini hanya bersebelahan sahaja.   

Oleh itu, ia amat sesuai untuk memenuhi keperluan kakitangan 5 jabatan ini dan memudahkan urusan seharian mereka. Oleh itu, diharapkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil berat hal ini demi keselesaan dan kemudahan kepada kakitangan yang berkhidmat di bawah mereka sementelah telah tranformasi pendidikan yang dilakukan sekarang ini.

Thursday, October 4, 2012

Kereta Elektrik jenama PROTON


Pada bajet yang lepas, PROTON diberi insentif khas oleh pihak kerajaan untuk membangunkan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Selaras dengan itu, PROTON telah mengumumkan untuk memperkenalkan kereta yang dijana oleh elektrik. Dua 2 model telah diperkenalkan dan diuji iaitu Exora Range Extended Electric Vehicle atau dikenali dengan Exora REEV dan Saga Electric Vehicle atau Saga EV.

Dua model ini telah diuji dan memenangi pertandingan antarabangsa. PROTON semasa dibawah pimpinan Syed Zainal juga telah mengumumkan untuk memasarkan kenderaan tersebut pada 2013.

Persoalannya sekarang ialah, adakah pemasaran untuk kedua-dua model itu akan mengikut jadual seperti yang dirangka sebelum ini? Apa perkembangan terkini mengenai ujian yang dijalankan ke atas model tersebut? Mampukah kedua-dua model tersebut bersaing dengan kereta elektrik jenama lain yang ada antaranya telah pun dipasarkan di Negara pengeluar?

Selepas saham Proton di jual oleh Khazanah kepada DRB Hicom, perkembangan syarikat Proton kurang didengar di media arus perdana.

Wednesday, October 3, 2012

Permohonan ke Kolej Vokasional 2013 telah dibuka

Bagi pelajar lepasan PMR yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik atau Sekolah Menengah Vokasional, permohonan untuk kemasukan sesi 2013 telah pun di buka. Permohonan boleh di buat samada secara online di http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/ atau datang terus ke mana-mana Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik/Sekolah Menengah Vokasional yang terdekat dengan anda untuk mengisi borang permohonan secara manual.

Masa yang ‘selamat’ untuk Najib adakan PRU


Melihat kepada pembentangan bajet 2013 yang lepas, selepas golongan sasar mendapat ‘habuan’ masing-masing, waktu yang selamat untuk Najib membubarkan Parlimen dan mengadakan PRU-13 ialah bulan Disember. Ada beberapa faktor  yang mendorong, antaranya:

1. Psikologi bagi rakyat. Ramai yang merima BR1M 2.0 yang masih menunggu habuan mereka. Dari segi psikologi, mereka tidak akan berpaling kepada pembangkang selagi tidak mendapat duit yang dijanjikan. Ini kerana mereka takut sekiranya  PR membatalkan apa yang diumumkan oleh BN dalam bajet 2013 setelah mengambil alih Putrajaya.

2. Bonus satu setengah (1 ⅟2) bulan gaji untuk kakitangan awam. Walaupun pengumumannya sangat mengelirukan kerana setengah bulan telah dibayar semasa Hari Raya Aidilfitri lepas, tapi ia dilihat yang tertinggi selepas zaman Mahathir. Kemungkinan ramai kakitangan awam berpuas hati dengan bajet kali ini dan akan terus setia bersama BN.

3. Perhimpunan Agung UMNO dijangka diadakan pada penghujung bulan November. Yang amat pastinya, jawatan tertinggi parti tidak berani di cabar kerana sementelah kekuatan Najib sewaktu menjadi Perdana Menteri belum pernah diuji semasa PRU. Perhimpunan kali ini hanya menyaksikan pertandingan jawatan bawahan (itupun jika ada) dan sebagai pentas untuk Najib menitikkan amanat dan menyuruh jentera parti bersiap siaga untuk PRU-13. Jadi, kedudukan Najib selamat walaupun angin bertiup kencang bahawa tiadanya persefahaman dirinya dengan Timbalan sekarang.

4. Disember waktu cuti sekolah. Sekolah yang selama ini dijadikan sebagai tempat mengundi  boleh digunakan dan tidak mengganggu proses PnP.


5. Semua pihak yang terlibat semasa PRU terutama SPR telah lama bersedia untuk mengadakan PRU. Sekarang, semua menunggu bilakah Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen sahaja.

Tuesday, October 2, 2012

Penerbangan terus Kuching-Kota Bharu-Kuching


Harapan disandarkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi kebenaran kepada syarikat penerbangan untuk membuka laluan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Tidak perlu banyak penerbangan, sekadar satu penerbangan seminggu pun sudah memadai bagi kami.

Ada beberapa faktor  yang mendorong kepada cadangan ini.
1. Rakyat Kelantan yang bekerja di Sarawak ini ramai dan anggarannya melebihi 2000 orang tidak termasuk ahli keluarga (suami/isteri/anak) terdekat yang lain. Dengan jumlah yang ramai ini, permintaan untuk penerbangan terus memang diperlukan untuk memudahkan segala urusan.

2. Menjimatkan kos kerajaan. Umum tahu bahawa separuh daripada kami ini pekerja di sektor awam iaitu tentera, polis dan guru. Perbelanjaan yang dikeluarkan setiap tahun untuk waran kami dapat dikurangkan hamper separuh jika ada penerbangan terus jika dibandingkan perbelanjaan sekarang yang perlu empat (4) penerbangan untuk pergi dan balik.

3. Memudahkan kami terutama yang mempunyai anak ramai dan masih kecil. Sementelah kami yang berkhidmat sebagai tentera yang hanya diberi waran kapal terbang sehingga sampai Kuala Lumpur sahaja dan terpaksa mengambil waran keretapi (KTMB) pula untuk meneruskan perjalanan sehingga mengambil masa sehari untuk sampai. Dengan barang yang banyak dan anak-anak yang masih kecil, terasa juga la bebanan tu tambah-tambah lagi bila anak meragam semasa menunggu untuk transit.

4. Membuka ruang perniagaan dan pelancongan antara dua negeri. Ini dapat mengembangkan lagi ekonomi Malaysia.

Kami amat mengharapkan agar perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat untuk mengatasi masalah dan pembaziran yang berlaku supaya ianya tidak merugikan mana-mana pihak.

Sunday, September 30, 2012

Karnival Jelajah Sihat Sri Aman

 campaign image
campaign image
 campaign image

Alamilah musim salji Hong Kong Disneyland dengan Mickey dan Minnie! click here for more info..








Semalam dan hari ini berlangsungnya Karnival Jelajah Sihat yang dianjurkan oleh Hospital Sri Aman di Pesisir Sungai Sri Aman. Pelbagai gerai pameran di buka seperti pameran anti dadah, Giat Mara, pemeriksaan kesihatan percuma, booth menderma darah dan juga gerai jualan.

Kesempatan tadi sempat la juga aku pergi periksa kesihatan. Pertama, ukur berat dan tinggi untuk BMI. Lepas pemeriksaan tekanan darah dan last pemeriksaan gula dalam darah. Setakat ini Alhamdulillah.. pemeriksaan yang aku buat tadi menunjukkan semua masih lagi normal.

Saranan daripada pihak kesihatan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat kerana ia dapat mengurangkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kesihatan perlu di jaga sebelum pelbagai penyakit datang dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati.


Thursday, September 27, 2012

VTO

Alhamdulillah, selepas 4 hari berhempas pulas akhirnya sampai ke kemuncaknya tadi..huhu..lega rasa bila dah present semua tugasan yang perlu disiapkan semasa kursus. Kelam kabut juga kerja, maklumlah orang lain attend 3 minggu, tapi bila fastrack ni di singkatkan jadi seminggu je.

Sebenarnya, bermula Isnin lepas aku menghadiri Kursus Vocational Training Officer (VTO) yang dijalankan oleh Tenaga Pengajar dari CIAST Shah Alam. Kursus ini sebagai lesen untuk mengajar bidang kemahiran yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kemahiran Malaysia.

So, mulai hari ini lengkaplah Kursus VTO aku, itupun jika lulus semasa presentation tadi. Sebenarnya aku buat VTO secara fastrack. Bulan lepas dah buat jurang kompetensi tetapi aku tidak cukup bukti untuk ditemuduga kerana tidak melengkapi Competency Based Training (CBT) dan Lesson Plan. Jadi Kursus minggu ini untuk memenuhi syarat tersebut la.

Alhamdulillah..dah settle yang itu...

Monday, September 24, 2012

KOM dapat Presiden baru

Mesyuarat Agong Tahunan KOM yang berlangsung semalam (23.9.2012) menyaksikan penyandang Presiden Datuk Shahidan Kasim tersingkir dan digantikan oleh  Presiden Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad. Timbalan Presiden juga menyaksikan  Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang menjadi  Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu. 

Dengan perubahan yang berlaku dalam badan induk olahraga Malaysia itu diharapkan berlaku peningkatan dari segi prestasi atlet-atlet olahraga pada masa akan datang dan kontroversi yang timbul semasa pengurusan sebelum ini dapat di elakkan.

Semoga perubahan ini juga menjadi pencetus kepada atlet olahraga meningkatkan semangat untuk terus bersaing di persada dunia dan melupakan peristiwa hitam yang mereka tempuhi sebelum ini. Semoga atlet olahraga Malaysia terus bersaing di persada dunia.

Sunday, September 23, 2012

Bajet 2013:Cukai individu dimansuhkan


Aku menyokong penuh dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak Cuepacs yang memohon kerajaan mansuhkan cukai pendapatan individu yang bergaji RM100 ribu kebawah. Ia berdasarkan kos hidup kini yang telah meningkat sehingga membebankan terutamanya bagi mereka yang bergaji rendah termasuklah aku sendiri.  Dengan harga barangan kini terutama di kawasan bandar, orang yang bergaji RM 4000 kebawah amat terasa dengan hal tersebut. Oleh itu, amat di alukan dengan janji kerajaan yang mendahului rakyat agar dapat memansuhkan cukai individu seperti cadangan pihak Cuepacs kerana ia dilihat dapat membantu dari segi ekonomi rakyat bawahan.

Selain dari itu, Cuepacs juga memohon agar elaun perumahan kakitangan kerajaan dinaikkan. Bagi pandangan aku memang patut la, sebab dah lama elaun perumahan ni tidak dikaji. Dengan ekonomi kita yang berkembang kini dan KDNK yang meningkat, ianya tidaklah membebankan kerajaan.

Semoga sesi pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini mendatangkan berita gembira terutama sekali kepada rakyat. Pembentangan Bajet kali ini dilihat medan penting untuk rakyat dalam menilai dan menentukan pucuk pimpinan kerajaan akan datang pada PRU 13 nanti.

Saturday, September 22, 2012

Penswastaan KTMB


Sebagai rakyat yang selalu menggunakan perkhidmatan ini, aku menyokong tindakan Persatuan Pekerja KTMB yang tidak mahukan KTMB diswastakan. Dari dulu, keretapi adalah pengangkutan utama kepada rakyat terutama bagi aku yang tinggal di Kelantan. Walaupun pengangkutan lain lebih canggih dan jimat masa, tetapi KTMB masih lagi menjadi pilihan kerana tiket yang murah dan selesa. Tambahan pula koc sekarang ada juga disediakan surau untuk kemudahan Orang Islam.

Penswastaan KTMB memang tidak patut berlaku. Apa yang perlu adalah sistem pengurusan sahaja yang perlu diberi suntikan supaya lebih berdaya saing dan memberi keuntungan kepada kerajaan tanpa mengenakan beban yang terlalu tinggi kepada rakyat. Pemilihan pengurusan tertinggi mestilah telus dan mengikut kepakaran mereka supaya mereka yang dipilih dapat bekerja dengan betul.


campaign image

Friday, September 21, 2012

Bajet 2013

Tak sabar rasa nak dengar pembentangan bajet 28 Sept ni. Dengan 6 tuntutan yang dibuat Cuepacs itu, rasanya tidak berat untuk kerajaan penuhi. Tapi yang paling penting bonus untuk 2 bulan gaji. Sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati bonus 2 bulan gaji selepas zaman Tun Mahathir.


Untuk kebajikan rakyat pula diharapkan BRIM dan bantuan pelajar sekurang-kurangnya dikekalkan seperti belanjawan 2012. Untuk penambahbaikan pula agar harga minyak Ron95 dapat dikurangkan sehingga RM1.50 seliter. Ringan la sikit belanjawan bulanan.



campaign image
Bolehkan anda menjadi chef terbaik di tanah air? Uji bakat anda dengan video interaktif ini. Keterangan lanjut di www.astro.com

Thursday, September 20, 2012

Kejahatan Israel Yahudi


campaign image

Kejahatan bangsa yahudi yang lebih dikenali dengan Israel memang jelas nyata dari dulu, kini dan selamanya sehingga dicatit di dalam Kitab Suci Al-Quran. Terbaru sehingga seluruh Umat Islam seluruh dunia membanjiri jalan-jalan raya untuk melahirkan ketidak puasan di atas kebodohan dan kekurang ajaran bangsa yahudi yang selalu menimbulkan ketegangan agama.

Filem dan karikatur penghinaan sengaja direka dan diterbitkan bangsa yahudi dan sekutunya untuk membangkitkan kemarahan Umat Islam seluruh dunia. Apabila Umat Islam bertindak ke atas kejahatan yang mereka cetuskan, mereka labelkan orang Islam tersebut pelampau dan pencetus keganasan. Inilah yang sentiasa dilakukan oleh bangsa yahudi untuk memfitnah Umat Islam.

Sekutu utama paksi kejahatan Israel ialah amerika, perancis, denmark  dan Negara barat yang tidak faham dan tidak pernah mahu memahami ajaran agama selain agama mereka. Disebabkan sikap tidak ambil peduli dan angkuh pemimpin mereka telah menyebabkan wujudnya tragedi sebegini. Hak orang Islam diperlekehkan oleh mereka.


Sebagai Umat Islam, kita patut bersatu menentang perkara sebegini tanpa mengira asal usul dan latar belakang kerana Islam itu sendiri tidak pernah membeza-bezakan umatnya seperti agama lain. Bagi Islam, semua manusia adalah sama dan Umat Islam itu bersaudara. Oleh itu, marilah kita bersatu menggunakan seluruh tenaga, harta dan apa sahaja yang kita ada untuk mempertahankan kesucian Agama Islam. Selain daripada keluar berhimpun dijalanan, kita ada kuasa untuk memboikot barangan yang diimport dari Negara paksi kejahatan ini. Janganlah kita menjadi penyokong mereka tanpa kita sedari.

Tuesday, September 18, 2012

ISU SUARAM


Berita kini hangat tertumpu kepada dana yang diterima oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM). SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN DAN MENJUNJUNG TINGGI SYARIAT ISLAM YANG MENJADI AGAMA RASMI MALAYSIA, AKU MENYOKONG PENUH AGAR KERAJAAN MENGENAKAN TINDAKAN KERAS KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG CUBA MENJATUHKAN MARTABAT ISLAM DAN MENCETUSKAN PERBALAHAN AGAMA.

Dalam isu SUARAM pula, jika pertubuhan itu terbukti mempunyai niat kearah menjatuhkan martabat Islam di bumi Malaysia, tindakan keras harus di ambil. Kalau bukti yang menunjukkan pertubuhan itu bersalah walau dalam akta mana sekalipun, sila bawa ke mahkamah untuk di adili dan dijatuhkan hukuman. Jangan hanya bising-bising di media sedangkan pemimpin pertubuhan tersebut masih lagi bebas dan bersenang lenang di luar sana.

Apabila tindakan tidak dikenakan, persepsi rakyat seperti aku fikir, ia hanya satu mainan politik lebih-lebih lagi yang mengomen di media hanya pro kerajaan. Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat pula, semestinya dia menagatakan ini satu lagi tipu helah oleh kerajaan kerana dakwaan tersebut belum lagi  dibuktikan di Mahkamah.

Oleh itu, untuk menunjukkan mana pihak yang benar, silalah buat aduan supaya pihak berkuasa boleh bertindak dengan dakwaan yang dikemukan dan rakyat dapat melihat kebenaran.

Jamuan Hari Raya PERAKAN









Semalam (16.9.2012), Persatuan Anak Kelantan Perantauan (PERAKAN) Cawangan Kuching telah mengadakan jamuan sempena sambutan Hari Raya sambil beramah mesra antara anak-anak Kelantan. Majlis ini diadakan di Dewan Institut Kemahiran Mara (IKM) Kuching bermula pukul 1.00 hingga pukul 4.30 petang. Ini kali pertama aku mengikuti program sebegini atas cadangan seorang ustaz.

Perasmian Majlis telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Husam Musa yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan. Antara Ahli Exco lain yang turut hadir ialah Y.B. Abdul Fatah Mahmood (ADUN Bukit Tuku) , Y.B. Dr. Hatta dan Ahli Parlimen Rantau Panjang Ustazah Zailah. Dalam ucapannya, Datuk Husam menyelitkan kepentingan Lebuh Raya Rakyat yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Negeri dan royalti minyak Kelantan yang dinafikan kerajaan BN.

Majlis turut diserikan dengan persembahan dikir barat dari pelajar-pelajar UNIMAS. Enam buah lagu dipersembahkan dan memang memukau para pendengar. Antara jamuan yang disediakan pula ialah nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, laksa pinang, satay dan keropok.

Di akhir acara pula diadaka kutipan derma ikhlas untuk tabung Pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan menghubungkan Kota Bharu sehingga Kuala Krai yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. 

Sunday, September 9, 2012

Buah Kristal

Pernah tak lihat buah ni? Di Sarawak ni di panggil buah kristal. Sejenis buahan hutan. Kulitnya keras dan kena ketuk baru pecah. Isinya manis. Sekali rasa macam buah laici. Memang sedap dimakan. Harganya pula memang mahal mencecah RM12 sekilo. 

 Buah kristal
Buah bersama tangkai 
 Isi  Buah kristal
Biji  Buah kristal 

Friday, September 7, 2012

Kerusi Banyak, Nak Duduk tak Dapat




 campaign image
 campaign image


Pagi tadi dah pergi kat Klinik 1Malaysia Matang Jaya, tapi ubat yang aku nak tak ada. Dia suruh aku pergi di Klinik  Kesihatan Jalan Masjid, Kuching. Melihatkan masa yang singkat, aku patah balik ke tempat kerja. Member2 dah bagitau yang poliklinik tu ramai orang. Kalau pagi paling cepat pun 2 jam.

Tapi memandangkan dah 2 malam tidur terganggu kerana batuk, lepas Jumaat tadi, aku pergi ke Klinik Kesihatan Jalan Masjid. Kali pertama datang ke klinik ini, memang ramai orang. Kira aku sampai dah awal tadi masih juga lebih sejam menunggu baru siap.

Masalah yang aku lihat dan hadapi ialah, kerusi tempat menunggu di ruang untuk jumpa MA tu banyak tapi jalan masuk untuk duduknya tak ada. Susunan kerusi yang berterabur tu menyukarkan pesakit untuk masuk duduk di kawasan tengah ruang tu. Macam tak terjaga je poliklinik ni.

Di Kaunter pendaftaran dia aku ada perasaan tentang Dasar 5S. Tetapi bila dilihat susunan kerusi di ruang menunggu tu macam tak ada pun 5S berlaku. Pengurusan poliklinik kena la tengok hal ini untuk keselesaan semua pelanggan. 

Tuesday, September 4, 2012

Gospel of Barnabas




RAHSIA....Injil ini menjelaskan kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

SEBUAH kitab lama yang dikatakan sebagai ‘Gospel of Barnabas’ ini mengandungi ramalan bahawa Ahmad (Nabi Muhammad) bakal muncul di akhir zaman telah mencetuskan minat daripada Vatican, pusat agama Kristian bermazhab Katholik untuk menelitinya dengan lebih mendalam.

Pope Benedict XVI sendiri telah menyatakan hasrat beliau untuk melihat isi kandungan Injil yang dikenali sebagai ‘Gospel of Barnabas’ itu.
Injil yang bertinta emas dan menggunakan medium bahasa ibunda Nabi Isa a.s, bahasa Aramaic dianggarkan berusia lebih daripada 1,500 tahun.

Injil berkenaan telah dijumpai sejak 12 tahun yang lalu (2000) di Turki dan kemudian disimpan daripada tatapan orang awam atas permintaan kuat dari pihak gereja kerana dibimbangi ada persamaan terhadap pernyataan al-Quran bahawa Nabi Isa a.s sendiri sudah pun memberitahu tentang kedatangan Ahmad (Muhammad s.a.w).

Namun begitu pada tahun 2010, Injil berkenaan telah diserahkan kepada Ankara Ethnography Museum dan kemudiannya diberikan kebenaran untuk dipamerkan setelah melalui beberapa usaha pemulihan.

Isi kandungan Injil berkenaan selari dengan akidah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s adalah seorang Rasul (pesuruh Allah s.w.t) dan bukan 'Anak' Tuhan sebagaimana yang dipercayai oleh penganut Kristian terutama yang bermazhab Katholik, Anglican dan Orthodox.

Kitab lama ini juga menyatakan bahawa Nabi Isa a.s tidak pernah disalib sehingga meninggal dunia. Bahkan baginda telah diangkat oleh Allah swt ke langit. Kenyataan ini ternyata amat bertentangan dengan ajaran Kristian yang berasaskan ajaran Saint Paul atau Saul of Tarsus.

Ramai cendikiawan dan ahli teologi Kristian yang telah menolak Injil berkenaan dan mendakwa ia adalah hasil kerja pada abad ke-5 atau ke-6 dan bukannya di abad pertama sepertimana yang didakwa oleh pengkaji-pengkaji Islam. Namun begitu, ramai pengkaji Islam mempercayai bahawa ia adalah Injil yang paling asli yang telah dijumpai setakat ini.

Harga salinan Injil ini dianggarkan bernilai sehingga 40 juta Lira Turki ( USD 22 juta).

Tidak sukar untuk kita memahami bahawa sudah pasti ada pihak tertentu yang sentiasa dipertikaikan jumpaan yang menggemparkan ini tetapi yang pasti ‘BENAR’ ialah firman Allah swt yang bermaksud;

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”- (Surah al Baqarah ayat 146)

Sumber : ZAINURRASHID.COM
paste from sabahkini.net