Sesi meluahkan perasaan. Semakin hampir dengan cuti ni, makin
bertambah pula beban kerja. Macam-macam program pula timbul hujung-hujung ni.
Tapi Alhamdulillah, harap cuti tahun ni tidak diganggu dengan program 5S lagi
macam yang berlaku tahun lepas. Tahun lepas tak dapat nak cuti sampai la buka
sekolah balik kerana sibuk dengan pensijilan 5S.
Tahun ini, pembaharuan sijil 5S akan diadakan minggu depan.
Tu pun sebab ramai yang dah komplen suruh di awalkan. Kalau ikut tempoh,
bulan 12 baru habis. Tiap-tiap minggu diadakan gotong royong pasal 5S.
Sampai kerja sendiri pun dah banyak tertangguh.
Minggu depan juga, dah start final exam. Mujur la kertas exam dah
standby dari tengah tahun hari tu lagi. Macam mana la dengan budak nanti. Kan
ada yang menjawab pasal 5S walaupun soalan tanya lain.
Laporan aktiviti pun belum siap lagi. Erm dah la..internet pon
lembab betul hari ni..baik aku buat kerja..
No comments:
Post a Comment