Kebelakangan ini, banyak perkara yang berlaku dalam scenario
Negara kita. Ada perubahan yang baik untuk kita dan ada juga yang cuba untuk
menjahanamkan masa depan rakyat Malaysia dan sedikit demi sedikit mengikis
budaya Islam dalam masyarakat.
Samada kita sedar atau buat-buat tidak sedar kerana sudah
seronok dengan perkara tersebut, amalan dalam Islam ketika hari kebesaran iaitu
hari Jumaat semakin di hakis. Islam membesarkan hari Jumaat kerana banyak
peristiwa berlaku pada hari tersebut seperti Nabi Adam diturunkan ke bumi,
Al-Quran diturunkan, hari terjadinya Kiamat dll.
Pada hari Jumaat juga bermula pada malamnya (malam Jumaat
dikira selepas waktu maghrib pada hari Khamis) kita disunatkan membaca surah
Yasin. Sebelum Solat Jumaat pula kita di sunatkan mandi, pakai bau-bauan,
datang awal ke masjid dan beri’ktikaf dalam masjid. Pada hari Jumaat juga kita
disunatkan menghias diri termasuk memotong kuku dan mencukur bulu. Allah
menjanjikan pahala yang berganda bagi amalan baik yang dilakukan pada hari
Jumaat.
Tapi kini, sadis, sedih, kesian pun ada kerana hari Jumaat
tidak lagi diagungkan oleh masyarakat Islam sendiri. Ada ke patut, malam Jumaat
diadakan perlawanan bola sepak yang melalaikan bukan setakat pemain bahkan
ribuan penonton. Kalau ada pun masih ingatkan Allah waktu bersorak bola itu,
mereka sudah terlepas berbagai amalan sunat.
Lebih menyedihkan lagi apabila malam Jumaat yang sepatutnya
diselitkan program-program yang berunsur keagamaan tetapi diisi dengan
cerita-cerita karut dan tahyul oleh stesen TV swasta. Cerita-cerita sebegini
bukan sahaja melalikan bahkan boleh memesongkan akidah umat Islam jika disalah
ertikan oleh mereka yang jahil tentang agama.
Malu aku dengan mereka yang bukan Islam dek kerana Islam
diperkotak-katikkan dalam sebuah Negara Islam bahkan pemimpin Islam itu
sendiri. Perkara patut direnung oleh semua pihak. Jangan hanya mencari untung
dunia yang sementara sahaja kerana yang kekal nanti ialah alam akhirat.
Sama-samalah kita berubah dan mengubah apa yang tidak betul sehingga semuanya
kembali ke fitrah. InsyaAllah…
No comments:
Post a Comment