Kesempatan hujung minggu semalam aku gunakan untuk
berjalan-jalan sambil melihat perkembangan industri pelancongan di Kuching. Sarawak
amat kedepan dalam industri pelancongan jika dibandingkan dengan Kelantan.
Semalam aku ke Serikin. Serikin ialah sebuah pecan
bersempadan dengan Indon yang menjual barangan murah sama seperti di Rantau
Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga. Barangan yang dijual disini cukup
murah berbanding dengan dikedai biasa. Apa yang terkejut, dari hujung pasar ke
hujung pasar di Serikin ni, ada je orang yang bercakap loghat Kelantan. Baru
aku perasan, ramai rupanya orang Kelantan yang bermastautin di sini.
Berbalik kepada tujuan asal aku tulis artikel ini, aku pasti
industri pelancongan memberikan limpahan yang luas kepada ekonomi setempat. Ini
kerana, orang tidak berkira tentang duit apabila datang melancong. Apa yang
mereka cari ialah kepuasan.
Bayangkan, kebanyakan tempat pelancongan di Sarawak ini
perlu bayar untuk masuk. Bukan murah bayarannya. Sebagai contoh untuk masuk ke
Kampung Budaya, orang semenanjung perlu bayar RM60 satu kepala. Itu pun masih
lagi ramai yang datang.
Di Kelantan, kita ada banyak kelebihan. Kebanyakan tempat
kita masuk percuma sahaja. Yang perlu bayar jika ada pun tandas dan parking
kenderaan sahaja. Tetapi apa yang kita kurang ialah kita tidak menjaga kawasan
pelancongan kita dengan baik. Keadaan ini menyebabkan ramai pelancong yang
hanya sekali datang sahaja kerana kecewa dengan apa yang berlaku terutama
dikawasan pantai dan air terjun yang kotor dan tidak terurus. Padahal
tempat-tempat begini memang menjadi tumpuan pelancong.
Aku cadangkan agar kerajaan negeri mengambil
langkah wajar dan serius untuk menaikkan ekonomi Kelantan dengan memperluaskan
lagi produk pelancongan di Kelantan. Kelantan tidak boleh bergantung kepada
industri tertentu sahaja sebaliknya mempelbagaikan industri untuk terus maju
dan bersaing dengan negeri lain.Tentang promosi pula, kita dah ada ramai
duta-duta kecil yang selalu mempromosikan Kelantan seperti blogger, orang
perseorangan dengan pelbagai cara yang mereka ada.
No comments:
Post a Comment