Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, October 2, 2012

Penerbangan terus Kuching-Kota Bharu-Kuching


Harapan disandarkan kepada Kerajaan Malaysia supaya memberi kebenaran kepada syarikat penerbangan untuk membuka laluan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Tidak perlu banyak penerbangan, sekadar satu penerbangan seminggu pun sudah memadai bagi kami.

Ada beberapa faktor  yang mendorong kepada cadangan ini.
1. Rakyat Kelantan yang bekerja di Sarawak ini ramai dan anggarannya melebihi 2000 orang tidak termasuk ahli keluarga (suami/isteri/anak) terdekat yang lain. Dengan jumlah yang ramai ini, permintaan untuk penerbangan terus memang diperlukan untuk memudahkan segala urusan.

2. Menjimatkan kos kerajaan. Umum tahu bahawa separuh daripada kami ini pekerja di sektor awam iaitu tentera, polis dan guru. Perbelanjaan yang dikeluarkan setiap tahun untuk waran kami dapat dikurangkan hamper separuh jika ada penerbangan terus jika dibandingkan perbelanjaan sekarang yang perlu empat (4) penerbangan untuk pergi dan balik.

3. Memudahkan kami terutama yang mempunyai anak ramai dan masih kecil. Sementelah kami yang berkhidmat sebagai tentera yang hanya diberi waran kapal terbang sehingga sampai Kuala Lumpur sahaja dan terpaksa mengambil waran keretapi (KTMB) pula untuk meneruskan perjalanan sehingga mengambil masa sehari untuk sampai. Dengan barang yang banyak dan anak-anak yang masih kecil, terasa juga la bebanan tu tambah-tambah lagi bila anak meragam semasa menunggu untuk transit.

4. Membuka ruang perniagaan dan pelancongan antara dua negeri. Ini dapat mengembangkan lagi ekonomi Malaysia.

Kami amat mengharapkan agar perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat untuk mengatasi masalah dan pembaziran yang berlaku supaya ianya tidak merugikan mana-mana pihak.

No comments: