Aku menyokong penuh dengan
cadangan yang dikemukakan oleh pihak Cuepacs yang memohon kerajaan mansuhkan
cukai pendapatan individu yang bergaji RM100 ribu kebawah. Ia berdasarkan kos
hidup kini yang telah meningkat sehingga membebankan terutamanya bagi mereka
yang bergaji rendah termasuklah aku sendiri. Dengan harga barangan kini terutama di kawasan
bandar, orang yang bergaji RM 4000 kebawah amat terasa dengan hal tersebut.
Oleh itu, amat di alukan dengan janji kerajaan yang mendahului rakyat agar
dapat memansuhkan cukai individu seperti cadangan pihak Cuepacs kerana ia
dilihat dapat membantu dari segi ekonomi rakyat bawahan.
Selain dari itu, Cuepacs juga
memohon agar elaun perumahan kakitangan kerajaan dinaikkan. Bagi pandangan aku
memang patut la, sebab dah lama elaun perumahan ni tidak dikaji. Dengan ekonomi
kita yang berkembang kini dan KDNK yang meningkat, ianya tidaklah membebankan
kerajaan.
Semoga sesi pembentangan Bajet
2013 pada 28 September ini mendatangkan berita gembira terutama sekali kepada
rakyat. Pembentangan Bajet kali ini dilihat medan penting untuk rakyat dalam
menilai dan menentukan pucuk pimpinan kerajaan akan datang pada PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment