Bodoh dan biadap.. itulah yang boleh aku gambarkan dengan tindakan mereka yang menghina Jalur Gemilang.. Malaysia sudah Merdeka.. Perjuangan pemimpin dulu telah tercapai.. Tanggungjawab kita kini adalah memeliharanya supaya tidak lagi berlaku penjajahan ke atas negara ini dari segala segi bukan sahaja pentadbiran malah ekonomi, sosial dan pemikiran.
Tindakan sesetengah pihak yang cuba melagakan kaum, mencetus provokasi agama, bangsa dan kaum perlu ditentang dan dijatuhkan hukuman setimpal supaya tindakan mereka tidak mencetuskan peristiwa 13 Mei yang ke-2.
Tindakan yang tegas juga perlu dikenakan kepada individu atau kumpulan mendatangkan penghinaan kepada negara dan juga institusi kesultanan yang ada. Undang-undang yang keras perlu dikaji bagi memelihara kedaulatan negara ini.
Cegahlah dari awal kerana "mencegah lebih baik dari mengubati"..
|
No comments:
Post a Comment