Mesyuarat Agong Tahunan KOM yang berlangsung semalam (23.9.2012) menyaksikan penyandang Presiden Datuk Shahidan Kasim tersingkir dan digantikan oleh
Presiden Olahraga Amatur Negeri Sembilan, Datuk Zainal Abidin Ahmad. Timbalan Presiden juga menyaksikan
Datuk Karim Ibrahim turut kecundang dalam mengekalkan jawatan itu apabila ia kini dipegang oleh Datuk Wan Hisyam Wan Salleh yang menjadi
Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu.
Dengan perubahan yang berlaku dalam badan induk olahraga Malaysia itu diharapkan berlaku peningkatan dari segi prestasi atlet-atlet olahraga pada masa akan datang dan kontroversi yang timbul semasa pengurusan sebelum ini dapat di elakkan.
Semoga perubahan ini juga menjadi pencetus kepada atlet olahraga meningkatkan semangat untuk terus bersaing di persada dunia dan melupakan peristiwa hitam yang mereka tempuhi sebelum ini. Semoga atlet olahraga Malaysia terus bersaing di persada dunia.
No comments:
Post a Comment