Alamilah musim salji Hong Kong Disneyland dengan Mickey dan Minnie! click here for more info.. |
|
|
|
|
Semalam dan hari ini berlangsungnya Karnival Jelajah Sihat yang dianjurkan oleh Hospital Sri Aman di Pesisir Sungai Sri Aman. Pelbagai gerai pameran di buka seperti pameran anti dadah, Giat Mara, pemeriksaan kesihatan percuma, booth menderma darah dan juga gerai jualan.
Kesempatan tadi sempat la juga aku pergi periksa kesihatan. Pertama, ukur berat dan tinggi untuk BMI. Lepas pemeriksaan tekanan darah dan last pemeriksaan gula dalam darah. Setakat ini Alhamdulillah.. pemeriksaan yang aku buat tadi menunjukkan semua masih lagi normal.
Saranan daripada pihak kesihatan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat kerana ia dapat mengurangkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi dan kencing manis. Kesihatan perlu di jaga sebelum pelbagai penyakit datang dan mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
No comments:
Post a Comment