Sebagai rakyat yang selalu
menggunakan perkhidmatan ini, aku menyokong tindakan Persatuan Pekerja KTMB
yang tidak mahukan KTMB diswastakan. Dari dulu, keretapi adalah pengangkutan
utama kepada rakyat terutama bagi aku yang tinggal di Kelantan. Walaupun pengangkutan
lain lebih canggih dan jimat masa, tetapi KTMB masih lagi menjadi pilihan
kerana tiket yang murah dan selesa. Tambahan pula koc sekarang ada juga
disediakan surau untuk kemudahan Orang Islam.
Penswastaan KTMB memang tidak patut berlaku. Apa
yang perlu adalah sistem pengurusan sahaja yang perlu diberi suntikan supaya
lebih berdaya saing dan memberi keuntungan kepada kerajaan tanpa mengenakan
beban yang terlalu tinggi kepada rakyat. Pemilihan pengurusan tertinggi
mestilah telus dan mengikut kepakaran mereka supaya mereka yang dipilih dapat
bekerja dengan betul.
No comments:
Post a Comment