Teringat aku tentang peristiwa yang berlaku hampir 10 tahun yang lepas. Masa tu aku semester 3 pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) di UITM Shah Alam. Aku rasa, mereka yang terlibat dalam tragedi ini, terutama yang tidak dibenarkan masuk ke Kolej Jati pada malam tersebut.
Kisahnya bermula apabila kami dipaksa untuk menghadiri satu majlis anjuran UMNO di PWTC. Kalau tak salah aku rasanya masa tu perhimpunan agung UMNO. Bas teelah disediakan oleh pihak universiti. Setiap kolej wajib hantar wakil. Bila surat siaran dikeluarkan, aku and the geng masa tu terpikir untuk tidak ikut serta. Lagi pun masa tu, politik ni bukan interest kami.
Jadi, pagi-pagi lagi aku keluar dan pergi melepak di rumah sewa member yang tinggal luar. Bas yang membawa pelajar ke PWTC ada yang bergerak sebelum maghrib dan ada yang selepas maghrib. Dah lama aku kat rumah member, dalam pukul 8 malam aku pun berjalan kaki balik Kolej Jati. Masa tu aku takde kenderaan lagi. Sampai di pintu pagar utama Kolej Jati, pintu pagar didapati berkunci. Aku tanya la member2 yang bersidai kat situ. Mereka kata tidak dibenarkan masuk selagi pelajar yang pergi PWTC tidak balik.
Ok la. Dah camtu, aku pun ke gerai makan seksyen 2. (gerai tersebut telah dirobohkan semasa aku degree sebab nak buat banggunan baru dan aku tak pasti sekarang camne kawasan tersebut). Selepas perut diisi, aku kembali ke kolej dan masih lagi tidak dibenarkan masuk. Aku ambil keputusan untuk menunggu sehingga pagar di buka.
Dalam pukul 10 lebih, pelajar yang pergi PWTC pun tiba. Sekali lagi kami kecewa dan marah apabila tidak dibenarkan masuk oleh pihak pengurusan. Dalam kekalutan untuk masuk, ada silap faham berlaku dikalangan pengawal. Pintu pagar ke 2 di buka. Masa tu aku sangat bernasib dan sempat berlari masuk melalui pintu pagar 2 sebelum ia di kunci semula. Selepas itu, hanya pelajar yang mempunyai kupon, atau peserta yang pergi ke PWTC sahaja dibenarkan masuk disebabkan pengurusan tidak berpuas hati dengan pelajar yang pergi ke sana.
Selepas aku dapat masuk, aku terus ke bilik aku dan aku kunci pintu. Bagi yang tak dapat masuk, mereka sengaja membuat bising di depan pagar kolej sehingga menimbulkan kurang senang penduduk yang ternganggu dengan bunyi bising. Aku dengar cerita daripada mereka yang terlibat bahawa polis sampai dalam pukul 2 pagi bagi menyuraikan keadaan di atas laporan yang dibuat penduduk yang terganggu.
Selepas rundingan pihak pengurusan dengan polis, mereka terpaksa dibenarkan masuk. Tapi yang ada member tinggal kat luar, dorang tidur di rumah member sehingga esoknya.
Sesiapa yang pernah terlibat dengan kes ni terutama yang menunggu sampai pukul 2 pagi tu, boleh lah berkongsi keadaan sebenar pada hari tersebut. Sebab selepas aku dapat masuk, aku tak tahu apa yang berlaku selepas tu. Hanya dengar cakap-cakap orang je..
Moral of the story, paksaan tak akan membuahkan hasil yang dijangka..