Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, April 5, 2012

Karier Anuar Musa di cantas?


Melihat kepada hukuman yang dikenakan ke atas Tan Sri Anuar Musa, bekas Timbalan Presiden FAM dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), amat berat dan cuba menjatuhkan prestasi baik pengurusan beliau semasa menarajui KAFA. Apa tidaknya, penggantungan selama 2 tahun dan 6 bulan yang dikenakan oleh FAM itu terlalu lama. Anuar juga dinafikan hak untuk merayu kes tersebut yang menyerlahkan lagi tindakan yang tidak rasional FAM.

Dengan prestasi pasukan Negeri Kelantan kini yang semakin bersinar di bawah kepimpinan Anuar Musa, sudah pasti kepimpinan KAFA masih memerlukan kudrat Anuar Musa untuk memimpin pasukan Kelantan. Tindakan penggantungan yang terlalu lama juga boleh mendtangkan implikasi kepada masa depan pasukan Kelantan.

Penyokong Kelantan terutama peminat Anuar Musa berang dengan tindakan yang di ambil FAM dan telah membuat demonstrasi secara aman di perkarangan FAM dan di Stadium Sultan Muhammad IV. Bojan Hodak, jurulati pasukan Kelantan dalam reaksinya berhubung kes itu menyifatkan Kemenangan Kelantan ke atas Kelab Arema dari Indonesia malam tadi juga dikatakan reaksi terhadap tindakan FAM.

Semoga Tan Sri Anuar Musa dapat terus menabur jasa dalam pasukan Kelantan walaupun dalam tempoh pergantungan. Kami sentiasa menyokong Tan Sri..

No comments: