Setiap anak adalah anugerah yang diamanahkan tuhan yang tidak ternilai. Kehadiran mereka juga memberikan sinar kebahagian kepada semua ibubapa. Oleh itu setiap ibubapa bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik anak-anak dengan betul ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.
Dalam cabaran kehidupan masa kini, banyak tanggungjawab kita terhadap anak telah terabai. Kesibukan kita bekerja tidak boleh dijadikan alasan untuk mengelak dari tanggungjawab menjaga anak. Ini kerana, setiap anak memerlukan kasih sayang daripada kedua ibubapa mereka.
Kebelakangan ini, kes kanak-kanak di culik semakin meningkat. Lebih teruk dan keji lagi, kanak-kanak yang diculik ada yang dirogol, dibunuh dan dibakar. Untuk mengelak daripada terus berlaku, kita sebagai ibubapa perlu sentiasa peka dan sentiasa menemani anak ketika bermain dan mengajarkan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh anak apabila berdepan dengan orang yang tidak dikenali.
Untuk anak remaja, lain pula kisahnya. Perbuatan lari dari rumah, ikut teman lelaki dan terlibat dengan gejala sosial sentiasa mengisi dada-dada akhbar. Ada yang sudah terlanjur selepas itu tergamak pula membuang bayi yang tak berdosa. Cabaran ibubapa ketika ini lagi mencabar jika penerapan nilai-nilai agama kepada anak tidak disemai dari kecil.
Ketika remaja ni, dia tengah agresif dalam hidup dia dan mempunyai naluri ingin mencuba yang tebal. Hanya benteng agama yang dapat mencegah mereka terhindar dari gejala sosial yang semakin berleluasa sekarang. Ibubapa kena sentiasa peka dengan gerak geri mereka dan perubahan yang berlaku kepada anak.
Semoga anak-anak kita dapat membimbing anak-anak kita ke jalan yang betul seperti digariskan di dalam Al-Quran dan As-sunnah. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment