Ditulis oleh;
muhaza
.
-->
muhaza
Halaman
HOME
PERGURUAN
JOM GELAK
JOM MELENCONG
T&C
TQVM FOR CLICK
Saturday, April 14, 2012
Apabila mizan dilangkaui
Aku percaya bahawa setiap agama tak kiralah agama samawi ataupun duniawi hatta ajaran Ayah Pin sekali pun mempunyai mizan atau timbangan atau batasan-batasannya tersendiri. Dalam agama Islam batasan-batasan ini ada yang jelas dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. Manakala yang tidak dinyatakan perlu mendapat kesepakatan daripada ijmak Ulamak.
Setiap perkara yang dicipta Allah S.W.T. mempunyai batasannya tersendiri. Satu contoh yang aku dengar dari rancangan Forum Perdana, Ustazah tu bagitahu hatta cawan sekalipun ada had dan batasan dia. Cawan perlu diisi dengan air yang secukupnya tanpa melebihi had cawan itu sendiri. Jika diisi terlalu banyak dan melebihi had cawan tersebut maka air yang lebih tadi akan melimpah keluar. Air yang melimpah keluar itu boleh mendatangkan masalah lain pula kepada kita.
Sama juga dalam kehidupan seharian kita. Adat pergaulan dalam Islam telah digaris dengan jelas. Kenapa? Supaya tidak terjadinya kes-kes sosial yang ada sekarang ni. Contohnya perzinaan, anak luar nikah, bunuh bayi dan sebagainya.
Aku bukan nak mengajar agama, tetapi sekadar mengingatkan diri sendiri, tentang pentingnya mempelajari ilmu agama. Dengan ilmu kita boleh menghindar diri dari segala tipu daya yang syaitan usahakan untuk menyesatkan umat Nabi Adam ini.
Banyak lagi yang perlu dipelajari. Banyak lagi batasan yang perlu diketahui. Supaya kita semua di bawah lindungan dan keredhaan Allah berkat kita mencari ilmu kebenaran.
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TQVM FOR CLICK ;)
No comments:
Post a Comment