Seperti yang dijangkan parti pimpinan Aung San Suu Kyi menang pada pilihanraya Myanmar. Tambah manis lagi parti tersebut mengusai 43 daripada 44 kerusi yang di pertandingkan. http://www.sinarharian.com.my/global/pilihan-raya-kecil-parti-suu-kyi-menang-besar-1.36979
Jika dilihat senario politik dunia, kebanyakan negara telah pun menukar pemerintah negara mereka. Terbaru ialah Myanmar sebuah negara anggota Asean. Ada juga yang dipaksa tukar kerana pemerintahan kuku besi, korupsi, salah guna kuasa dan macam-macam lagi.
Negara kita hanya menunggu masa untuk dibubarkan parlimen sahaja. Tarikh masih lagi dirahsiakan dan hanya Allah yang lebih mengetahui walaupun manusia itu telah merancang. Adakah kita akan mengiringi negara lain untuk berubah? Jawapannya ada pada tangan anda sendiri..
Dengan kempen secara tidak langsung dan langsung dah rancak berjalan, kemungkinan untuk dibubar parlimen nampak semakin hampir. Malah malam tadi, menerusi saluran TV1 dan TV3, PM nampak macam dah berkempen.
Apapun yang berlaku, keputusan PRU-13 nanti akan ditunggu untuk emndapat jawapan.
No comments:
Post a Comment