http://my.churpchurp.com/muhaza/share/Pizza3D
Apa yang dicadang oleh Rais Yatim di sokong supaya SKMM dan syarikat telco menyekat sms yang tidak diperlukan yang dihantar secara rambang oleh pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Dalam kenyataan beliau yang dipetik BERNAMA, Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata kedua-dua pihak itu diberikan masa dua bulan untuk mereka mencari penyelesaian terbaik selain daripada mengenakan tindakan undang-undang.

Aku pernah menelefon syarikat Celcom di talian 1111 untuk menghentikan segala iklan yang bersabit dengan nombor yang tidak dikenali ini. Operator itu beritahu yang mereka tidak kuasa untuk menghentikan iklan tersebut kerana itu dari pihak ketiga yang menghantar secara rambang. Aku pun tak tahu, apa lagi usaha yang aku boleh buat untuk menghentikan iklan-iklan sebegini.
Contoh SMS yang dihantar
1. Peringatan kpd (no telefon penerima): Anda perlu tekan ON GT sms ke- 39914 skrg utk aktifkan semula kandungan anda sebelum tamat tempoh!
2. Perhatian kpd (no telefon penerima): jumlah 983 mata ganjaran anda akan tamat hari ini! Pastikan menebus tawaran SMS content ini skrg dgn sms REG BT ke 39981.
3. Peringatan Akhir Untuk (no telefon penerima):Anda perlu tekan ON CM ke 39977 skrg utk UPDATE servis SMS Mobile content BARU 2012.DTech 0380627079
SMS lain ada dari pihak bank yang mempromosi kad kredit, pinjaman dan sebagainya.
Antara nombor penghantarnya setakat yang aku dah terima ialah 62886, 66300, 63390, 69666, 66399, dan 69886.
Sms yang dihantar amat mengelirukan dan boleh membazir duit jika termakan ayat-ayat yang dihantar oleh mereka. Minta jasa baik semua pihak yang berkenaan supaya dapat menyelesaikan masalah sebegini supaya tidak mendatangkan masalah kepada pengguna telefon bimbit.
No comments:
Post a Comment