Wednesday, December 28, 2011
Monday, December 26, 2011
Sunday, December 18, 2011
Program Transformasi Minda
Program Transformasi Minda atau PTM akan dilaksanakan pada tahun 2012. Program ini akan menggantikan Kursus Induksi Skim Saraan Malaysia atau KISSM yang dijalankan untuk memilih kakitangan awam sebelum ini.
PTM ini akan dijalankan selama seminggu iaitu 5 hari bekerja. Modul kursus belum lagi didedahkan. Sesiapa yang belum menghadiri kursus induksi SSM sebelum 1 Januari 2012 akan mengikuti kursus PTM sebagai syarat untuk disahkan lantikan kelak.
Wednesday, December 14, 2011
Sunday, December 11, 2011
Kenaikan Gaji Tahunan
Sejajar dengan tujuan untuk menjadikan pegawai berprestasi tinggi, konsep Gaji Berasaskan Prestasi diperkenalkan di mana KGT bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi ditetapkan mengikut pencapaian prestasi berdasar peratusan.
KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya Menepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 6 tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum.
Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
Formula penentuan amaun KGT ialah:
Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.
KGT diberi kepada pegawai yang mencapai prestasi sekurang-kurangnya Menepati Sasaran dengan kadar KGT di Jadual 6 tertakluk kepada gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum - Maksimum.
Pegawai yang tidak menepati sasaran, tidak diberi KGT.
Formula penentuan amaun KGT ialah:
Amaun KGT hendaklah dibundarkan kepada RM5.00 tertinggi terhampir.
Saturday, December 10, 2011
Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diedar
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 10, 2011
Tarikh : December 10, 2011
KUALA LUMPUR - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.
Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.
dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/borang-bantuan-rakyat-1malaysia-mula-diedar-1.11577
________________________________________________________________
Syarat kelayakan ialah:
- Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
- Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
- Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
- Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
- Warga emas sebatang kara
- Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
memohon.
Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan dan slip penyata gaji hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.
Bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan borang permohonan. isi dan sertakan dengan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan dan serah ditempat-tempat yang dinyatakan di atas dengan segera kerana tempoh yang diberikan hanya lebih kurang sebulan sahaja. Rebutlah peluang ini kerana ini adalah hak anda dan kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan jika peruntukan yang diumumkan sebelum ini tidak mencukupi.
Bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan borang permohonan. isi dan sertakan dengan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan dan serah ditempat-tempat yang dinyatakan di atas dengan segera kerana tempoh yang diberikan hanya lebih kurang sebulan sahaja. Rebutlah peluang ini kerana ini adalah hak anda dan kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan jika peruntukan yang diumumkan sebelum ini tidak mencukupi.
Friday, December 9, 2011
AWAS Gelombang ke-2
Gelombang ke-2 banjir diramal akan melanda pantai timur antara 11 hingga 14 Disember dan 25 hingga 28 Disember ketika air laut pasang. Dalam gelombang pertama dahulu, Kelantan mencatatkan 6 kes kematian akibat lemas. Gelombang kedua diramal lebih teruk kerana hujan berlarutan berserta dengan air laut pasang. Mereka yang terjejas akibat banjir diharap dapat mengikut segala arahan untuk berpindah bagi menjaga keselamatan diri dan keluarga. Ibubapa juga perlu mengawasi anak-anak daripada bermain dengan air.
Thursday, December 8, 2011
Monday, December 5, 2011
INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TAJUK TUGASAN : INOVASI DALAM PERKHIDMATAN AWAM IALAH HASIL CETUSAN IDEA-IDEA YANG KREATIF DAN INOVATIF YANG DAPAT MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN SERTA MEMBERI FAEDAH KEPADA PELANGGAN. HURAIKAN KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM (AIPA) DAN BERIKAN CONTOH-CONTOH INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN DAN JUGA MEMENANGI ANUGERAH
Musim banjir sudah tiba
Gelombang banjir telah tiba di kebanyakan negri di Malaysia terutama negeri-negeri pantai timur. Dengan ramalan purata hujan yang turun meningkat berbanding tahun lepas akan menyaksikan banjir yang lebih teruk. Apa yang lebih penting kepada kita ialah untuk mengelakkan musibah di musim banjir ini. Awasilah anak-anak kita daripada bermain dengan air supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Untuk maklumat tentang banjir di Kelantan, sila layari http://ebanjir.kelantan.gov.my/ atau http://portalbanjir.mkn.gov.my/
Wednesday, November 30, 2011
Kes Bunuh Diri 2
Baru beberapa hari lepas isu bunuh diri dibincang dalam blog ini. Baca di sini. Dalam Harian Metro 24.11.2011 melaporkan satu kes lain yang juga melibatkan orang Melayu Islam. Apa yang menyebabkan lelaki terbabit mengambil tindakan sebegitu tidak diketahui secara terperinci. Tetapi tindakan nekad lelaki itu yang mengambil jalan singkat dengan menafikan anugerah dan nikmat terbesar yang dikurniakan Allah kepada manusia dengan membunuh diri.
Betapa nipisnya iman umat Islam sekarang sehingga tidak dapat lagi membezakan yang baik dan buruk, yang halal dan yang diharamkan Pencipta kita. Ketahuilah bahawa membunuh diri itu ialah dosa yang paling besar dan tidak diampunkan Allah. Tempat mereka yang membunuh diri ialah di neraka selama-lamanya. Hargailah kehidupan yang diberikan oleh Allah kepada kita. Segala masalah yang datang kepada kita hanya semata-mata dugaan untuk kita di atas dunia ini.
Banyak lagi saluran yang boleh kita ambil untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Jumpalah pakar-pakar kaunseling, ustaz/ustazah ataupun orang yang lebih arif dari kita untuk mendapatkan pandangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Allah telah berfirman bahawa, semua penyakit/masalah di dunia ini ada ubat/penyelesaiannya kecuali MATI. Hanya MATI je yang tidak boleh di ubati.
Oleh sebab itu, janganlah jadi orang yang bodoh. Di dunia dah rugi, di akhirat pun rugi bahkan melarat sehingga menderita akibat kesesatan kita hari ini.
__________________________________________________________
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sempat-hantar-sms-sebelum-gantung-diri-1.11492
__________________________________________________________
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/sempat-hantar-sms-sebelum-gantung-diri-1.11492
Tuesday, November 22, 2011
Kes Bunuh Diri
Kebelakangan ini, kes bunuh diri sering kali didengari melalui media dan berita yang dipaparkan. Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah peningkatan ini disumbangkan oleh kaum Melayu dan Islam. Walaupun hari ini saya tidak dapat memberikan angka yang tepat mengenai peningkatan kes bunuh diri ini kerana ianya samada tidak dibentang di Parlimen ataupun saya terlepas sesi pembentangan tersebut. Tetapi apabila dilihat dari segi laporan berita, tahun ini saja melebihi 10 kes bunuh diri yang melibatkan orang Melayu dilaporkan.
Pelbagai punca yang dilaporkan menyebabkan kes bunuh diri ini berlaku dan salah satunya yang nak diketengahkan hari ini ialah disebabkan oleh faktor ekonomi. Disebabkan kos sara hidup kini yang semakin hari semakin meningkat memberikan tekanan kepada mereka yang miskin dan mempunyai ahli keluarga yang ramai. Bagi mereka yang menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula, pengurusan kewangan yang lemah dan bantuan yang terhad mendorong ke arah perbelanjaan yang tersasar dan ada juga yang menyalah guna bantuan yang diberi untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya dan menyebabkan mereka masih berada di takuk yang lama.
Cadangan penyelesaian masalah ini, salah satunya ialah kerjasama antara pihak berwajib seperti JKM, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), badan korporat dan sebagainya perlu menyediakan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan ini supaya mereka tidak selamanya bergantung kepada bantuan yang diberikan semata-mata. Mereka hendaklah berusaha untuk mengubah nasib mereka dengan peluang yang diberikan. Bak kata pepatah, jika diberi ikan,hanya sekali je dapat makan, tetapi jika diberi kail , selamanya mereka akan dapat mencari ikan bergantung kepada usahanya untuk mendapat lebih hasil.
Selepas peluang pekerjaan yang stabil diberikan, mereka masih perlu dipantau dan diberi bimbingan. Mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian menguruskan pekerjaan tersebut kerana ilmu dan pengalaman mereka mungkin tidak cukup untuk mengharungi keadaan yang mendatang. semoga dengan adanya bimbingan yang berterusan dapat memberi motivasi kepada mereka dan gambaran sebenar jalan yang dipilih. Harapan kita agar rakyat MALAYSIA bebas dari kemiskinan dapat dicapai dengan segera.
National Suicide Registry Malaysia :http://nsrm.gov.my/?id=271
Nasib Bahasa Kebangsaan
Dalam usaha kerajaan memartabatkan Bahasa Kebangsaan melalui Dasar Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI), masih ada lagi premis-premis yang mengambil enteng perkara tersebut. Lihatlah gambar di bawah.
Semenjak mula beroperasi sehingga sekarang, premis ini tidak membetulkan ayat di papan notisnya. Ayatnya ialah "HAIWAN TIDAK DILARANG MASUK" tetapi dalam ayat Bahasa Inggeris pula "NO PETS ALLOWED". Samada pengurus premis ini tidak sedar ataupun sengaja dibiarkan kerana ianya sudah banyak tahun beroperasi. Ketidak pekaan manusia sebegini telah merosakkan dan menjatuhkan maruah Bahasa Kebangsaan yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Diharapkan papan tanda ini dapat diperbetulkan segera kerana ia telah merosakkan ayat dan membawa maksud yang lain. Blog ini pernah membincangkan tentang isu ini di http://muhaza.blogspot.com/2011/11/bersama-memartabatkan-bahasa-kebangsaan.html
MALAYSIA JUARA
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah, berkat doa rakyat MALAYSIA, pasukan HARIMAU MUDA telah berjaya membawa pulang pingat emas bola sepak Sukan SEA ke-26. Aksi yang mendebarkan semua pemain dan penonton itu berlarutan sehingga sepakan penalti. Nasib menyebelahi kita apabila Khairul Fahmi dapat menyelamatkan satu gol dan bola hasil sepakan Badrul masuk ke gawang walaupun dapat di tampan oleh penjaga gol lawan.
Malam esok, pasukan kita ada 1 lagi misi penting untuk ke Sukan Olimpik 2012. Malam esok pasukan HARIMAU MUDA akan menetang Syria di Stadium Bukit Jalil.
Sekali lagi, ayuh semua rakyat Malaysia, kita doakan kemenangan pasukan kita.
Sunday, November 20, 2011
MALAYSIA vs indonsia
Perlawanan akhir untuk merebut pingat emas di Sukan SEA ke 26 akan menemukan MALAYSIA dan indon. MALAYSIA harus bermain dengan bijak kerana ini juga misi balas dendam indon yang kalah dalam saingan kumpulan lepas. Mungkin akan ada pelbagai taktik yang digunakan oleh indon untuk mengatasi MALAYSIA termasuk dengan sikap fanatik dan anti MALAYSIA oleh rakyat indon.
Apa pun berlaku di sana nanti, ayuh RAKYAT MALAYSIA, kita DOAKAN kemenangan pasukan MALAYSIA untuk membawa pulang pingat emas Sukan SEA 26 sekaligus mempertahankan kejuaraan yang lepas..ALLAHU AKBAR..
Saturday, November 19, 2011
Malaysia ke peringkat akhir
Alhamdulillah, sekalung TAHNIAH kepada pasukan MALAYSIA kerana berjaya ke peringkat AKHIR bola sepak SUKAN SEA KE-26. MALAYSIA berjaya menewaskan Myanmar 1-0. Gol tunggal MALAYSIA dijaringkan oleh Fakri Shaarani di minit ke-85. Misi MALAYSIA untuk mempertahankan pingat emas terbuka di luas. Kami mendoakan semoga pasukan MALAYSIA berjaya mencapai misi dengan membawa pulang emas yang paling berharga dalam Sukan SEA kali ini..
Kita tengah menunggu keputusan indon VS Vietnam untuk mengetahui pasukan mana yang akan ditentang nanti.
Kita tengah menunggu keputusan indon VS Vietnam untuk mengetahui pasukan mana yang akan ditentang nanti.
Selamat untuk Kontinjen Malaysia
Tahniah kepada semua atlet Malaysia di Sukan Sea 26 di indonsia di atas perjuangan kental mereka. Kesungguhan atlet-atlet dalam perjuangan mereka yang dipenuhi oleh musuh dari segenap sudut iaitu rakyat indonsia dengan laungan makian dan cacian tidak mematahkan semangat atlet kita. Sikap profesional atlet kita amat tinggi dan boleh dipuji kerana dapat mengatasi asakan yang bertalu-talu oleh balaci indonsia itu.
Pungutan pingat yang terkumpul setakat ini membuktikan kekentalan mereka. Kami rakyat Malaysia yang lebih maju dari indonsia ini mendoakan semoga semua kontinjen Malaysia selamat dan membuktikan kebolehan Malaysia dengan mengumpul lebih banyak pingat emas mengatasi sasaran.
Thursday, November 17, 2011
Percubaan Guru Bekerja 9 Jam
Isu percubaan untuk guru bekerja 9 jam menjadi isu hangat dikalangan pendidik dan ibu bapa yang prihatin. Isu ini telah dibincang oleh media cetak dan elektronik termasuk stesen radio dan televisyen. Pagi tadi, isu ini dibincang secara terbuka di Radio IKIM tentang kewajaran guru ditetapkan kerja 9 jam sehari. Pelbagai komen yang diberi oleh pendengar setia Radio IKIM yang terdiri dari pendidik sendiri, ibu bapa golongan muda dan golongan professional.
Bermacam-macam pendapat yang diberikan. Ada yang menyokong, ada yang menyokong secara bersyarat dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan itu. Yang jelas, kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK atau NUTP) yang menjadi tulang belakang dan tempat bergantung bagi kebanyakan guru-guru di Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang hanya akan membebankan guru.
Bagi masyarakat luar yang jauh dengan perkhidmatan ini dan pihak atasan mungkin tidak faham dengan beban tugas yang ditanggung oleh guru yang dianggap ‘rileks’ dan banyak masa ‘free’ termasuk cuti yang banyak. Apa tidaknya, cuti gurulah yang paling banyak kerana setiap kali sekolah cuti, guru pun bercuti bagi pandangan kasar mereka yang jahil.
Sebenarnya, apa yang terjadi di sesetengah sekolah sekarang (belum lagi dipaksa 9 jam) ada yang bekerja melebihi 9 jam. Apa tidak kalau waktu masuk sekolah pukul 7.00 pagi dan balik pada pukul 4.30 petang. Pukul 5.00 pula, ada lagi guru yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum seperti kelab, persatuan, badan uniform dan sukan.
Pada hakikatnya, kerja yang terbeban di sebalik itu masih lagi banyak yang terpaksa ditanggung oleh guru. Selain daripada kerja hakiki, menanda buku sampai kerumah, membuat persiapan mengajar, menceriakan kelas dan membuat kerja perkeranian, guru juga terpaksa dan dipaksa turun waktu cuti atau hujung minggu bagi menghadiri mesyuarat sekolah yang biasanya diadakan pada hari Sabtu kerana ada segelintir pengetua yang tidak mempunyai perasaan kemanusiaan dengan alas an tidak mahu menganggu waktu P&P.
Ada juga guru yang diganggu waktu cutinya dengan arahan menghadiri kursus-kursus. Ada juga guru yang diarahkan datang bekerja sewaktu cuti bila datangnya arahan dari pihak atas untuk menyelesaikan sesuatu tugas dan dipaksa menyiapkan dalam cuti. Di mana sebenarnya waktu cuti cikgu??
Sedarlah wahai pemimpin di atas yang mempunyai kuasa sementara yang tidak dapat menandingi kuasa Allah yang mengatasi segalanya bahawa guru-guru pun ada tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Berilah juga masa untuk guru bersama keluarga dan menyelesaikan urusan peribadi. Janganlah sampai mendera dan melanggar hak asasi guru-guru atas alasan kerja.
Saya bersetuju dengan cadangan guru bekerja 9 jam ini dengan syarat: pertama, waktu kerja memang tetap 9 jam sahaja tanpa penambahan waktu yang terselindung disebaliknya. Kedua, Semua pihak tidak lagi mengganggu waktu cuti guru walau apa alasan sekalipun. Dan ketiga, beri kuasa kepada guru-guru untuk menyaman pihak pentadbir dan pihak yang bertanggungjawab di atas kecuaian mereka mematuhi masa bekerja yang ditetapkan.
Tuesday, November 15, 2011
Anak Tidak Sah Taraf
Angka anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara meningkat saban tahun. Seperti yang dibentangkan di Parlimen dan direkodkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat siang tadi, angka anak tidak sah taraf yang didaftarkan dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah 152 182 orang. Ini merupakan angka tertinggi yang dicatatkan setakat ini.
Angka ini sepatutnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada ibubapa untuk menjaga anak masing-masing. Segala permasalahan sosial ini jika disedari bermula dari rumah. Keruntuhan institusi kekeluargaan memberi impak yang besar kepada peningkatan gejala sosial. Oleh itu, sistem kekeluargaan perlu diperkukuh dengan asas agama dan ilmu yang mendalam agar dapat mewujudkan sistem keluarga yang bahagia.
Ibubapa perlu menyemai ilmu keagamaan kepada anak-anak supaya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk melayari kehidupan yang amat mencabar dengan bermacam-macam dugaan yang kebanyakannya mengarah kepada keruntuhan moral dan akidah terutamanya kepada umat Islam. Dengan asas agama yang kukuh juga dapat mendorong dan membantu anak-anak untuk membezakan baik buruk jalan dan tindakan yang mereka akan pilih kelak.
Dengan adanya keluarga yang bahagia dan mempunyai asas agama yang kukuh maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang menitik beratkan nilai murni dan menghindari perkara mungkar. Sebaiknya ibubapa meluangkan lebih masa dengan anak bagi mendalami permasalahan mereka. Kesibukan kerja hari ini bagi memenuhi tuntutan dunia menyebabkan kita leka dan mengabaikan tanggungjawab yang diberi Allah.
Ingatlah bahawa kita akan di persoal di akhirat kelak di atas apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Adakah kita telah melaksanakan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas kita.
Lebih lanjut di sini
Lebih lanjut di sini
Buah Katak Puru
Buah Katak Puru? Pelik bunyinya kan? Mungkin ramai yang tidak kenal dengan buah katak puru, tapi ia dikenali di Kelantan. Saya sendiri pun dah lama tidak menikmatinya selepas pokok di halaman rumah terpaksa ditebang untuk proses baikpulih rumah. Meleleh pulak air liur ni bila teringat kepada buah katak puru. hehe.. Ikuti rencana yang di sediakan wartawan Sinar Harian untuk mengenali lebih lanjut tentang buah ini.
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : October 26, 2011Buah katak puru? Kenapa namanya begitu? Begitulah gelaran yang dipanggil kepada buah nam-nam kerana mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu. Walaupun nama dan bentuk luarannya tidak secantik buah-buahan yang lain, namun bagi mereka yang biasa merasai buah ini tentu membuatkan air liur terasa kecur. Buah ini memang sedap dicicah dengan sambal kicap, garam atau kuah rojak. Ada juga yang membuat sambal ikan dengan menumbuk ikan dan cili bersama-sama buah katak puru. Memang sedap jika dimakan bersama nasi yang masih panas. Malah, bukan itu sahaja, buah yang kaya dengan vitamin C ini juga boleh dijadikan jus.
Buah nam nam yang bersaiz di antara lima hingga enam sentimeter (cm) ini mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak. Bijinya pula berbentuk leper. Selain dimakan segar, daun dan buah nam nam juga mempunyai khasiat perubatan. Kebanyakan orang-orang terdahulu mempercayai dengan memakan buah dan pucuk pokok ini dapat mengubati penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Ada juga yang menjadikannya ramuan dalam ubat bagi merawat batu karang. Selain itu, daunnya juga boleh dikeringkan dan dijadikan seperti minuman teh. Pokok nam nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan unik kerana berbunga dan berbuah di batang. Pokok yang dikatakan berasal dari Borneo ini mempunyai ketinggian di antara tiga hingga enam meter (m) sahaja. Pokok ini masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutama di kawasan Utara dan Pantai Timur. Pokoknya mudah tumbuh melalui kaedah tanaman biji ataupun tut. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur.
Sunday, November 13, 2011
Perintis Kolej Vokasional
BPTV telah menyenaraikan 15 buah sekolah menengah vokasional yang akan menjadi perintis Kolej Vokasional bermula tahun depan. Sebanyak 10 buah sekolah menengah teknik dikekalkan manakala 63 buah sekolah menengah vokasional lagi akan dinaik taraf kepada kolej vokasional bermula 2013.
15 perintis tersebut ialah:
- SMV ARAU
- SMV SUNGAI PETANI 1
- SMV BALIK PULAU
- SMV SERI MANJUNG
- SMV SHAH ALAM
- SMV (ERT) SETAPAK
- SMV DATUK SERI MOHD ZIN
- SMT DATO' LELA MAHARAJA
- SMV KLUANG
- SMT MUADZAM SHAH
- SMV PENGKALAN CHEPA
- SMV KUALA TERENGGANU
- SMV KUCHING
- SMV BEAUFORT
- SMV LABUAN
Permohonan untuk kemasukan ke sekolah menengah teknik, sekolah menengah vokasional dan Kolej Vokasional telah dibuka. Borang permohonan boleh di dapati disini.
Saturday, November 12, 2011
DAULAT TUANKU SULTAN KELANTAN
Istiadat sempena Pemasyhuran Perayaan Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra yang ke-42, 2011. Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Penggal PersekolahanKV/SMT/SMV sesi 2012
Ini maklumat yang terbaru daripada BPTV untuk warga Kolej vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional bagi sesi persekolahan tahun 2012.. Semoga membantu anda membuat perancangan..
*Penggal Persekolahan SMT/SMV sesi 2012
*Jadual Semester 2012 bagi KV
*Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
*Isu-isu VocTech
*Dasar-dasar Baru
*KPI Pengoperasian Sekolah
*Tertakhluk kepada perubahan semasa.
*Penggal Persekolahan SMT/SMV sesi 2012
*Jadual Semester 2012 bagi KV
*Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
*Isu-isu VocTech
*Dasar-dasar Baru
*KPI Pengoperasian Sekolah
*Tertakhluk kepada perubahan semasa.
Friday, November 4, 2011
Seksualiti Merdeka 2011
Seksualiti DEKO (cacat) yang di perjuangkan oleh pengamal lesbian,gay,byseksual dan transeksual (LGBT) patut di tentang habis-habisan sehingga ke lubang cacing. Golongan gila ini dah semakin berani menonjolkan diri disebabkan oleh sokongan pihak tertentu. LGBT ialah golongan jahiliah yang diberi akal oleh Allah tetapi tidak digunakan dan hanya mengikut hawa nafsu syaitan semata-mata.
Sebagai sebuah negara Islam yang mendokong nilai-nilai murni dalam masyarakat, aktiviti seperti ini sepatutnya tidak wujud apatah lagi dijadikan acara tahunan. Program ini di iklankan ditempat-tempat terbuka dan menerusi internet dan mempunyai laman web rasmi di http://www.seksualitimerdeka.org/.
Dengan publisiti yang meluas dan dilihat berani ini amat dibimbangi akan ada lebih ramai yang menyokong program ini. Jika dilihat secara halus, pihak penganjur cuba memesongkan akidah umat islam di negara dengan memperjuangkan amalan yang ditentang oleh bukan sahaja Agama Islam bahkan semua agama yang ada di dunia ini.
Pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam serta kerajaan perlu mengambil langkah yang tegas dan bersegera bagi membendung masalah yang dahulunya sepi tetapi telah menjadi api dek kerana dibiarkan dan tidak dibasmi dari awal walaupun setengahnya sudah perasan kewujudan golongan LGBT ini. Jika makin dibiarkan dibimbangi ia akan meletup dan makin susah untuk dikawal seperti yang berlaku di eropah.
Mahasiswa kini bebas berpolitik
Oleh : NURKHAIRINI JUMARI
Dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/cmlink/sinar-harian/nasional/mahasiswa-kini-bebas-berpolitik-1.3870
Tarikh : November 3, 2011
SERDANG – Mahasiswa kini bebas berpolitik dengan keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu bahawa Seksyen 15 (a) Akta Universiti (Auku) adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
“Boleh, dengan sendirinya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin, Naib Presiden MCA Gan Peng Siew dan UKM4 di Hotel Mines Wellness di sini semalam.
Kenyataan tersebut disokong oleh Khairy
Mereka juga meminta agar pihak kerajaan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.
Subscribe to:
Posts (Atom)