Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Tuesday, November 15, 2011

Anak Tidak Sah Taraf

Angka anak tidak sah taraf yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara meningkat saban tahun. Seperti yang dibentangkan di Parlimen dan direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat siang tadi, angka anak tidak sah taraf yang didaftarkan dari tahun 2008 sehingga 2010 adalah  152 182 orang. Ini merupakan angka tertinggi yang dicatatkan setakat ini.

Angka ini sepatutnya memberi kesedaran dan keinsafan kepada ibubapa untuk menjaga anak masing-masing. Segala permasalahan sosial ini jika disedari bermula dari rumah. Keruntuhan institusi kekeluargaan memberi impak yang besar kepada peningkatan gejala sosial. Oleh itu, sistem kekeluargaan perlu diperkukuh dengan asas agama dan ilmu yang mendalam agar dapat mewujudkan sistem keluarga yang bahagia.

Ibubapa perlu menyemai ilmu keagamaan kepada anak-anak supaya mereka mempunyai asas agama yang kukuh untuk melayari kehidupan yang amat mencabar dengan bermacam-macam dugaan yang kebanyakannya mengarah kepada keruntuhan moral dan akidah terutamanya kepada umat Islam. Dengan asas agama yang kukuh juga dapat mendorong dan membantu anak-anak untuk membezakan baik buruk jalan dan tindakan yang mereka akan pilih kelak.

Dengan adanya keluarga yang bahagia dan mempunyai asas agama yang kukuh maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang menitik beratkan nilai murni dan menghindari perkara mungkar. Sebaiknya ibubapa meluangkan lebih masa dengan anak bagi mendalami permasalahan mereka. Kesibukan kerja hari ini bagi memenuhi tuntutan dunia menyebabkan kita leka dan mengabaikan tanggungjawab yang diberi Allah.

Ingatlah bahawa kita akan di persoal di akhirat kelak di atas apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Adakah kita telah melaksanakan semua tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas kita.  


Lebih lanjut di sini

No comments: