Dalam bajet yang telah di umumkan lepas, kerajaan sudi membantu pemandu teksi dan kereta sewa persendirian untuk menukar kereta lama yang melebihi 7 tahun dengan kereta baru keluaran tempatan dan diberi insentif oleh kerajaan. Peluang ini amat mengembirakan pemilik teksi dan kereta sewa persendirian dan lebih gembira jika mereka diberi peluang untuk memiliki kereta elektrik keluaran Proton yang setakat ini hanya di gunakan oleh kakitangan kerajaan yang terpilih di Putrajaya.
Mungkin banyak manfaat yang diperoleh jika cadangan ini bermula dari sekarang kerana ia dapat membantu bukan sahaja pihak Proton dalam membangun teknologi hijau bidang automotif di Malaysia bahkan dapat mengurangkan bajet dan pembaziran pihak kerajaan pada masa akan datang untuk subsidi pertukaran enjin petrol bagi teksi dan kereta sewa kepada enjin elektrik yang lebih mesra alam dan dapat mengurangkan pelepasan gas karbon di udara sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada minyak petrol dan diesel.
Jika ia tidak berlaku sekarang, saya yakin dan amat percaya bahawa bila masa proton melancarkan kereta elektriknya nanti, peruntukan akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan sekali lagi sebagai insentif untuk pertukaran kenderaan tersebut. Ini akan merugikan dan satu bentuk pembaziran wang rakyat yang berlaku untuk perkara yang sama yang berpunca dari perancangan yang tidak bijak.
Jika buat masa sekarang Proton tidak mampu mengeluarkan kereta elektrik untuk teksi dan kereta sewa, kerajaan boleh menggantung dahulu peruntukan yang di umumkan sehingga pihak Proton bersedia supaya tidak berlaku pembaziran wang rakyat. Itu pun kalau kerajaan mampu menarik balik apa yang telah di umukan dalam bajet 2012. Jika tidak terpaksalah kerajaan menggesa Proton mempercepatkan langkah pengeluaran kereta elektrik kerana seperti yang telah di umumkan oleh Proton bahawa mereka bersedia memasarkan kereta elektrik keluarannya menjelang 2013. Alang-alang lagi setahun lebih untuk menjangkau 2013, korbankanlah salah satu tanpa membazirkan wang cukai yang di bayar oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment