Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka 2011

Seksualiti DEKO (cacat) yang di perjuangkan oleh pengamal lesbian,gay,byseksual dan transeksual (LGBT) patut di tentang habis-habisan sehingga ke lubang cacing. Golongan gila ini dah semakin berani menonjolkan diri disebabkan oleh sokongan pihak tertentu. LGBT ialah golongan jahiliah yang diberi akal oleh Allah tetapi tidak digunakan dan hanya mengikut hawa nafsu syaitan semata-mata.

Sebagai sebuah negara Islam yang mendokong nilai-nilai murni dalam masyarakat, aktiviti seperti ini sepatutnya tidak wujud apatah lagi dijadikan acara tahunan. Program ini di iklankan ditempat-tempat terbuka dan menerusi internet dan mempunyai laman web rasmi di http://www.seksualitimerdeka.org/

Dengan publisiti yang meluas dan dilihat berani ini amat dibimbangi akan ada lebih ramai yang menyokong program ini. Jika dilihat secara halus, pihak penganjur cuba memesongkan akidah umat islam di negara dengan memperjuangkan amalan yang ditentang oleh bukan sahaja Agama Islam bahkan semua agama yang ada di dunia ini. 

Pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam serta kerajaan perlu mengambil langkah yang tegas dan bersegera bagi membendung masalah yang dahulunya sepi tetapi telah menjadi api dek kerana dibiarkan dan tidak dibasmi dari awal walaupun setengahnya sudah perasan kewujudan golongan LGBT ini. Jika makin dibiarkan dibimbangi ia akan meletup dan makin susah untuk dikawal seperti yang berlaku di eropah.

No comments: