Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Saturday, December 10, 2011

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia mula diedar

LHDN
Oleh : BERNAMA
Tarikh : December 10, 2011
KUALA LUMPUR - Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh didapati secara percuma mulai hari ini di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang.

Maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.


________________________________________________________________

Syarat kelayakan ialah:
  1. Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
  2. Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  3. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  4. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
  5. Warga emas sebatang kara
  6. Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk
    memohon.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan dan slip penyata gaji hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM. Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.


Bagi mereka yang memenuhi syarat, dapatkan borang permohonan. isi dan sertakan dengan salinan kad pengenalan atau surat beranak tanggungan dan serah ditempat-tempat yang dinyatakan di atas dengan segera kerana tempoh yang diberikan hanya lebih kurang sebulan sahaja. Rebutlah peluang ini kerana ini adalah hak anda dan kerajaan bersedia untuk menambah peruntukan jika peruntukan yang diumumkan sebelum ini tidak mencukupi. 

No comments: