Guru antara kakitangan awam yang paling ramai anggota. Dasar
Pembangunan Pendidikan terbaru yang dibentang in gin mewujudkan hanya satu sesi
persekolahan di seluruh Malaysia dengan waktu pembelajaran dilanjutkan.
Kerajaan akan memperkenalkan sistem kerja 9 jam untuk semua sekolah mulai tahun
2017. Ini bermakna guru dan pelajar akan berada di sekolah selama lebih 9 jam
sehari selepas ini.
Dasar ini amat dikhuatiri kerana masa yang terlalu lama
berada di sekolah telah mengurangkan waktu untuk bersama keluarga. Ini kerana
masa untuk bersama keluarga menjadi amat terhad. Apa yang dikhuatiri ialah akan
wujud hubungan renggang atau dingin antara anak dan ibu bapa kerana sibuk
dengan hal masing-masing. Waktu malam tiada lagi waktu untuk bersama kerana
kepenatan di siang harinya. Dikhuatiri juga, ibubapa tidak lagi sempat untuk
menjaga dan memerhati perilaku anak-anak
sehingga akhirnya mereka terjebak dengan gejala sosial yang amat meruncing kini
dan belum ada sebarang program pun lagi yang terbukti berkesan untuk menangani
kes tersebut.
Apa yang amat dirisaukan ialah kesannya amat menakutkan
kerana kekurangan kasih sayang daripada ibubapa akan menyebabkan anak-anak
memberontak . Akhirnya mereka tidak lagi menghormati ibu bapa dan orang tua.
Teguran ibubapa tidak lagi didengari. Buktinya sekarang pun sudah ada. Lihatlah
berapa ramai ibubapa yang dibuang oleh anak-anak sendiri. Ada yang di hantar ke
pusat jagaan orang tua dan ada lagi yang menyedihkan dibiarkan sahaja
dijalanan.
Menjadi harapan sangat agar kerajaan mengkaji semula dasar
ini dengan menyeluruh supaya dasar yang akan diperkenalkan nanti bukan sekadar
untuk melahirkan pelajar yang pandai dan berguna untuk di dunia sahaja tetapi
berguna dan selamat untuk dunia dan akhirat. Janganlah sesuka hati
memperkenalkan dasar baru yang akhirnya meruntuhkan asas yang amat penting
iaitu kekeluargaan.