Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, June 13, 2012

Pembubaran Parlimen

isu Lynas di Pahang, IC haram di Sabah, masalah royalti minyak dan negeri miskin di Kelantan, PTPTN dan isu air di Selangor memberi tekanan kepada PM dalam membuat keputusan pembubaran Parlimen. Ini kerana, isu-isu tersebut belum lagi selesai dan masih berpihak kepada pembangkang.

Dengan isu terbaru dimainkan oleh PAS mengenai kemungkinan PRU-13 diadakan pada musim haji tahun ini sedikit sebanyak boleh mencalarkan maruah dan kredibiliti PM selaku Presiden UMNO dan BN. Isu ini memberi kredit kepada PR kerana BN disifatkan cuba bermain taktik kotor. Dengan jangkaan hampir 30 ribu jemaah haji, PAS memohon jaminan agar tidak diadakan PRU-13 pada musim tersebut.

Antara isu lain yang dilihat menekan, merisaukan dan menggusarkan PM untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat ialah perpecahan dan perebutan menjadi calon dikalangan ahli BN. Di Sarawak, situasi ini dilihat begitu jelas. Dengan perbalahan puak dalam parti komponen dan pengumuman Sarawak Worker Party (SWP), parti terbaru di Sarawak yang menyokong perjuangan BN ingin menentang semua calon Parti Rakyat Sarawak (PRS). 

Isu perebutan calon dalam komponen BN berlaku setiap kali PRU dan disebabkan oleh perkara tersebut jugalah, banyak kawasan yang dahulunya kubu kuat BN terlepas kepada pembangkang. Sampai hari ini, isu ini jugalah yang melemahkan dan akhirnya akan menyebabkan BN menjadi pembangkang di Dewan Rakyat nanti jika tidak dapat diselesaikan dengan cara berhemah.

Masa yang sesuai untuk PM membubar Parlimen hampir tiada disebabkan banyak isu tertangguh dan ini akan menjadikan semakin suntuk dan akhirnya di buat dalam keterpaksaan.

No comments: