Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, June 11, 2012

Alhamdulillah..

Kesempatan cuti hari tu, dapat la balik kampung kat Pasir Mas. Lama tak pulang, dah banyak perubahan yang berlaku. Tapi yang peliknya, jalan tetap juga sesak. Tak tahulah samada ramai yang balik bercuti sebab cuti sekolah atau pun memang macam tu. Kesesakan jalan di Tanah Merah, Pasir Mas dan KB sama saje seperti sebelum ini walaupun dah banyak perubahan dan penstrukturan semula arah jalan yang di buat oleh Majlis Daerah. Di Tanah Merah dan KB dah banyak buat jalan satu arah saja. 

Cadangan kerajaan negeri untuk membina highway bertepatan dengan keadaan semasa di Kelantan. Sebolehnya projek tersebut dimulakan secepat mungkin bagi mengatasi kesesakan terutama semasa cuti sekolah dan sambutan hari raya. Sebab di kesempatan tersebut memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat Kelantan yang bertugas diluar pulang menjenguk famili di kampung.
Mengenai kutipan derma untuk menampung perbelanjaan highway yang dicadangkan memang bagus. Sekurang-kurangnya rakyat dapat mencari pahala atas kemudahan yang disediakan. Kalau boleh iklankan bagaimana rakyat dapat menderma dengan mudah contohnya secara sms yang lagi senang digunakan. Saya pasti ada yang nak membuat jariah.

No comments: