Untungla rakyat Malaysia. TPM kata ada pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kali ke-2 dan akan di usulkan di Parlimen. Tapi TPM dah berlepas ke Korea. Bila BR1M ini nak diusulkan?
Rakyat rata-ratanya menyambut dengan gembira berita yang telah dipaparkan di media massa dan elektronik atas cadangan TPM tersebut. Ini kerana bantuan tersebut dilihat dapat membantu meringankan sedikit bebanan ekonomi mereka.
Ada juga yang memberi reaksi agar kerajaan memberi bantuan edisi ke-2 ini kepada mereka yang tercicir sebelum ini. Cadangan ini pun boleh diterima juga. Bolehla semua rakyat merasa duit free RM500.00. Baru lah adil, semua dapat semua merasa.
Apa-apa pun, kita tunggulah pengumuman yang akan diberikan oleh kerajaan. Semoga ada lagi berita gembira untuk rakyat sebelum PRU-13 yang tarikhnya disimpan oleh PM dan dijangka tidak berapa lama lagi..
http://my.churpchurp.com/muhaza/share/HappyDeals
http://my.churpchurp.com/muhaza/share/HappyDeals
No comments:
Post a Comment