Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat. "Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah. "Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA
Sebagai penjawat awam, aku menyokong penuh tuntutan tersebut sebagai satu kebajikan kepada penjawat awam terutama yang beragama Islam untuk menunaikan umrah. Bagi yang bukan Islam pun boleh juga guna untuk melancong sambil belajar. Semoga cadangan ini dapat dimuktamatkan secepat mungkin demi kebajikan semua penjawat awam.
Diharapkan CUEPACS dapat melanjutkan tuntutan cuti tanpa rekod kepada kakitangan awam yang ingin meraikan kejayaan anak mereka semasa majlis konvokesyen. Ini kerana ada majikan yang tidak membenarkan kakitangan mengambil cuti untuk urusan tersebut.
CUEPACS juga dimohon agar memantau sesetengah majikan yang menghalang dan mengenakan syarat ketat untuk pengambilan cuti rehat khas (CRK). Ini menyebabkan ramai yang menjadi susah atas tindakan majikan dan ada yang terpaksa mengambil cuti rehat tanpa gaji kerana tidak dibenarkan mengambil CRK kerana didakwa tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil CRK.
No comments:
Post a Comment