Wednesday, June 27, 2012
Sunday, June 24, 2012
CUEPACS tuntut cuti tanpa rekod untuk tunai umrah
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat. "Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah. "Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA
Sebagai penjawat awam, aku menyokong penuh tuntutan tersebut sebagai satu kebajikan kepada penjawat awam terutama yang beragama Islam untuk menunaikan umrah. Bagi yang bukan Islam pun boleh juga guna untuk melancong sambil belajar. Semoga cadangan ini dapat dimuktamatkan secepat mungkin demi kebajikan semua penjawat awam.
Diharapkan CUEPACS dapat melanjutkan tuntutan cuti tanpa rekod kepada kakitangan awam yang ingin meraikan kejayaan anak mereka semasa majlis konvokesyen. Ini kerana ada majikan yang tidak membenarkan kakitangan mengambil cuti untuk urusan tersebut.
CUEPACS juga dimohon agar memantau sesetengah majikan yang menghalang dan mengenakan syarat ketat untuk pengambilan cuti rehat khas (CRK). Ini menyebabkan ramai yang menjadi susah atas tindakan majikan dan ada yang terpaksa mengambil cuti rehat tanpa gaji kerana tidak dibenarkan mengambil CRK kerana didakwa tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengambil CRK.
Saturday, June 23, 2012
ROHM-WAKO ELECTRONICS
ROHM-WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN BHD
Lot 1320, Kawasan perindustrian Pengkalan Chepa II,
Padang Tembak
16100 Kota Bharu Kelantan
Padang Tembak
16100 Kota Bharu Kelantan
Tel: 09 – 7741 500
Faks: 09 – 7741 540
Faks: 09 – 7741 540
ROHM ditubuhkan di Kyoto, Jepun pada 1958. Kilang ROHM-WAKO ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN BHD di Pengkalan Chepa, Kelantan di buka tahun
1993. Produk utama yang dihasilkan di sini ialah diod dan LED. Kilang yang
beralamat di Lot 1320, Kawasan perindustrian
Pengkalan Chepa II, Padang Tembak ini, memberikan limpahan ekonomi yang besar
khususnya di Kelantan dan Malaysia amnya.
Beruntunglah
member-member yang kerja di situ. Dah la dekat dengan kampong sendiri, gaji
yang di bayar pun mahal. Dengan kos hidup yang murah di Kelantan, banyak gaji
dapat jimat dan boleh ditabung bagi yang berjimat. Aku ada juga try mohon kerja
kat situ. Tapi tak ada rezeki.
Kilang Rohm-Wako ni
antara yang terbesar di Kelantan dan memang cukup terkenal di kalangan
masyarakat di sini. Ini kerana ‘hidup’nya kedai-kedai berdekatan dek kerana
tempias kilang tersebut dan membuka pintu rezeki kepada penduduk setempat
selain daripada rakyat negeri ini yang berkerja di situ
Semoga selepas ini,
kerajaan negeri bekerja lebih kuat lagi untuk menarik pelabur luar ke Kelantan
untuk merancakkan lagi ekonomi negeri sekaligus mengeluarkan Kelantan dari
senarai negeri termiskin.
Friday, June 22, 2012
Thursday, June 21, 2012
PERARAKAN RAKYAT KELANTAN MENJUNJUNG TITAH TUANKU
Rakyat Kelantan yg SAYANG pada Tuanku dan setuju
dgn Titah Sultan Kelantan sila hadir beramai-ramai
menunjukkan sokongan anda demi kepentingan
rakyat Kelantan keseluruhannya..
Wednesday, June 20, 2012
Monday, June 18, 2012
Jom tengok kejohanan Boxing
Harga tiket bagi menyaksikan kejohanan ini ditetapkan RM50 bagi tempat duduk VVIP, RM30 (Grand Stand) dan RM20 bagi tempat duduk bebas untuk satu malam. Namun pihak penganjur menawarkan potongan harga istimewa bagi tempahan tiket untuk tiga malam berturut-turut iaitu RM 120 (VVIP), RM70 (Grand Stand) dan RM50 bagi tempat duduk bebas. Penjualan tiket bermula 25 Jun ini.
Sunday, June 17, 2012
LGBT menular dikalangan kanak-kanak
Berdasarkan laporan Harian Metro 17 Jun 2012, jelas menunjukkan keruntuhan akhlak dan moral di kalangan rakyat Malaysia telah merebak kepada kanak-kanak. Walaupun kes yang dilaporkan terpencil atau terlalu sedikit dibandingkan perkapita penduduk, tetapi masalah ini perlu dipandang serius kerana melibatkan kanak-kanak seawal sekolah rendah.
Saturday, June 16, 2012
Friday, June 15, 2012
Wednesday, June 13, 2012
Monday, June 11, 2012
BR1M edisi ke-2
Untungla rakyat Malaysia. TPM kata ada pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kali ke-2 dan akan di usulkan di Parlimen. Tapi TPM dah berlepas ke Korea. Bila BR1M ini nak diusulkan?
Rakyat rata-ratanya menyambut dengan gembira berita yang telah dipaparkan di media massa dan elektronik atas cadangan TPM tersebut. Ini kerana bantuan tersebut dilihat dapat membantu meringankan sedikit bebanan ekonomi mereka.
Ada juga yang memberi reaksi agar kerajaan memberi bantuan edisi ke-2 ini kepada mereka yang tercicir sebelum ini. Cadangan ini pun boleh diterima juga. Bolehla semua rakyat merasa duit free RM500.00. Baru lah adil, semua dapat semua merasa.
Apa-apa pun, kita tunggulah pengumuman yang akan diberikan oleh kerajaan. Semoga ada lagi berita gembira untuk rakyat sebelum PRU-13 yang tarikhnya disimpan oleh PM dan dijangka tidak berapa lama lagi..
http://my.churpchurp.com/muhaza/share/HappyDeals
http://my.churpchurp.com/muhaza/share/HappyDeals
Alhamdulillah..
Kesempatan cuti hari tu, dapat la balik kampung kat Pasir Mas. Lama tak pulang, dah banyak perubahan yang berlaku. Tapi yang peliknya, jalan tetap juga sesak. Tak tahulah samada ramai yang balik bercuti sebab cuti sekolah atau pun memang macam tu. Kesesakan jalan di Tanah Merah, Pasir Mas dan KB sama saje seperti sebelum ini walaupun dah banyak perubahan dan penstrukturan semula arah jalan yang di buat oleh Majlis Daerah. Di Tanah Merah dan KB dah banyak buat jalan satu arah saja.
Cadangan kerajaan negeri untuk membina highway bertepatan dengan keadaan semasa di Kelantan. Sebolehnya projek tersebut dimulakan secepat mungkin bagi mengatasi kesesakan terutama semasa cuti sekolah dan sambutan hari raya. Sebab di kesempatan tersebut memang digunakan sepenuhnya oleh rakyat Kelantan yang bertugas diluar pulang menjenguk famili di kampung.
Mengenai kutipan derma untuk menampung perbelanjaan highway yang dicadangkan memang bagus. Sekurang-kurangnya rakyat dapat mencari pahala atas kemudahan yang disediakan. Kalau boleh iklankan bagaimana rakyat dapat menderma dengan mudah contohnya secara sms yang lagi senang digunakan. Saya pasti ada yang nak membuat jariah.
Subscribe to:
Posts (Atom)