Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Thursday, March 8, 2012

Jelajah Dikir Barat



Memohon kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan agar dapat mengadakan satu siri jelajah dikir barat di setiap daerah setiap bulan
bagi menyemarak dan merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012 yang sedang berlangsung.

Saranan ini adalah bagi menarik para pelancong tempatan dan antarabangsa di samping menaikkan lagi seni tradisional yang terkenal di Kelantan itu yang kini meniti zaman yang semakin suram. Dikir barat adalah seni yang unik dan masih mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Diharap persembahan dikir barat seperti yang dianjurkan seperti pernah dianjurkan dipadang-padang awam sebelum ini dapat mengembalikan kepopularam dikir barat dan memberi kenangan kepada penonton yang hadir.

Diharap juga agar pihak Tourism Kelantan dapat memasukkan dikir barat ke dalam calendar acara mereka setiap tahun seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

2 comments:

Anonymous said...

Jelajah Dikir Barat juga disaran jelajah kawasan di luar Kelantan demi kebangkitan dikir dunia. Misalnya jelajah dikir barat ke Temerloh akan berupaya menarik pelancong ke sana. Di Temerloh telah ada dataran Kubang Gajah yang bersedia untuk dikerumuni masyarakat awam untuk menyaksikan dikir barat bertaraf nasional
/antarabangsa di situ. Silakan ke Temerloh...

Muhaza said...

Penulis pun berharap benda yang sama supaya dikir barat tidak pupus ditelan zaman. Setakat yang penulis tahu, di kuantan ramai juga pendikir yang buat konsert terutama di Felda Lepar Hilir.