Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Wednesday, March 7, 2012

Propaganda Israel


Israel dengan sifat kejinya telah melaksanakan pelbagai cara untuk menjatuhkan Negara Islam. Kini Kerajaan Syria berdepan dengan ancaman pemberontakan dalaman untuk menjatuhkan
pemerintahan Bashar Al-Assad. Puak pemberontak ini disokong oleh blok eropah terutama Amerika dan sekutu kuatnya Israel.

Jika dilihat situasi yang berlaku, kebanyakan yang menderita ialah rakyat yang tidak berdosa. Patutkah seseorang pemerintah membunuh rakyatnya sendiri semata-mata ingin mempertahankan kedudukannya? Apakah berbaloi bagi rakyat untuk memberontak sehingga memaksa kerajaan mengambil tindakan ketenteraan atas alasan untuk demokrasi dan hak asasi?

Sedangkan Israel dan Amerika bertepuk tangan atas apa yang berlaku. Tidak cukup dengan Syria, Israel melobi pula Amerika untuk menyerang Iran atas alasan menghasilkan nuclear dan mengancam keamanan dunia. Dunia yang dimaksudkan hanyalah Israel yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan apa yang mereka dapat.

Tindakan Iran memang aku respect. Iran telah bertindak menarik balik eksport minyak yang menyaksikan harga minyak dunia naik. Pengajaran yang diberi oleh Iran memang berguna kepada Negara yang ghairah nak mengacau Negara orang sedangkan kebajikan rakyat sendiri terabai.

Apapun, kepada rakyat Syria dan Iran, bersatulah untuk kepentingan Negara sendiri dan Islam umumnya. Yang pasti, apa yang berlaku di sana adalah menjadi kesukaan Negara –nagara kafir terutama Israel.

No comments: