Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, March 19, 2012

Ayah


Ayah
Telah lama kau meniti perit hidup ini
Berusaha menyempurnakan keperluan kami

Walaupun penat kau tolak ketepi
Demi anak dan keluarga yang kau sayangi

Ayah
Kini anak-anak ayah telah capai apa yang dihajati
Harta pun dah dimiliki
Tapi
Masih ada yang termimpi-mimpi
Teringatkan diri ayah yang telah pergi
Dan belum sempat kami membalas budi

Ayah
Itu semua kami tak kesali
Kerana nasihat dan pesan yang kau beri
Masih kami ingati
Dan menjadi pegangan kini

Ayah
Bersemadilah dengan aman
Anak-anak mu akan mendoakan kesejahteraan ayah di sana
Semoga roh ayah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Amin…
Al-Fatihah untuk ayah.. 

No comments: