Tahun lepas, isu telco yang cuba memindahkan cukai kerajaan sebanyak 6% kepada pengguna mendapat liputan meluas pihak NGO dan media sehingga campurtangan kerajaan untuk meredakannya. Majoriti rakyat tidak bersetuju dengan tindakan mengenakan cukai ke atas pengguna prepaid kerana ia membebankan
pengguna dan menguntungkan syarikat telco.
pengguna dan menguntungkan syarikat telco.
Kini, ura-ura cukai prepaid kedengaran lagi dan ada pihak yang mengatakan ia akan dimulakan pada Julai nanti. Ini bermakna cukai ini akan dilaksanakan selepas PRU-13 nanti yang dijangka diadakan awal bulan Jun. Kebiasaannya kalau dah diperkatakan, kemungkinan untuk berlaku amat tinggi. Hanya suara dan tindakan pengguna prepaid je yang dapat menyekat cukai ini dilaksanakan.
Apa yang aku terbayang, macam berganda la cukai yang kena bayar jika cukai prepaid ni dlaksanakan. Sekarang ni cukai pendapatan dah kena bayar nak tambah lagi dengan yang ini. Makin berkuranglah tabungan untuk anak-anak nanti..
Bagi aku pengguna pasca bayar ni, dah lama kami dikenakan cukai tersebut. Disebabkan tiada siapa yang membantah, kena la bayar walaupun... Tapi pilihan ada ditangan pengguna.
Kemungkinan yang akan berlaku selepas PRU nanti:
- cukai prepaid
- GST (cukai barangan dan perkhidmatan)
- pengurangan subsidi kerajaan
No comments:
Post a Comment