Ditulis oleh;
.
-->
TQVM FOR CLICK

Monday, January 30, 2012

Tahun Melawat Kelantan 2012



Kelantan menyasarkan 6 juta pelancong akan berkunjung ke Kelantan pada tahun ini mengikut kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan. Sasaran ini bersandarkan kepada promosi

Santau Menjadi-jadi


Pada 17.1.2012 yang lepas, akhbar Harian Metro melaporkan penyanyo rock tanah air, Awie muntah  melaporkan Amy Search terkena santau yang menyebabkan dia hilang suara tanpa punca, gementar semasa berada di atas pentas selain boleh menangis dengan tiba-tiba. Dalam akbar yang sama, Hattan menceritakan

Sunday, January 29, 2012

10 terkaya di Malaysia 2011

Tahukah anda siapa 10 manusia terkaya di Malaysia? Menurut artikelthestar.com.my dan laporan rasmi oleh Forbes Asia, jumlah kekayaan 40 orang terkaya Malaysia adalah bernilai US$62.1bil (RM188.32bil), naik US$11.1bil (RM33.7bil) berbanding tahun lalu. Kata Forbes Asia, jumlah kekayaan tersebut meningkat lebih 22% berbanding senarai pada tahun 2010. Dua tempat pertama masih diterajui oleh usahawan berjaya, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien dan Tan Sri T. Ananda Krishnan.


Penangguhan SBPA

Lagi Isu Murtad



Masuk Gaung

Dalam perjalanan aku balik ke Kuching dari Sri Aman petang tadi, ada 2 kemalangan telah berlaku. Pertama aku terserempak dengan sebuah trellar yang terbabas ke sebelah jalan bertentangan di jalan Bukit Begunan menghala ke Sri Aman. Pemandu trellar sudah tidak berada di tempat kejadian dan berkemungkinan kemalangan itu berlaku beberapa jam sebelum itu.


Friday, January 20, 2012

Penjenayah Paling dikehendaki


George W. Bush, Tony Blair found guilty of war crimes … in Malaysia

Cadangan Pengisytiran Harta Anggota Pentadbiran


Lembaga penasihat saran salinan pengisytiharan harta SPRM
Wartawan Sinar Harian
January 18, 2012

PUTRAJAYA - Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah mencadangkan salinan fail pengisytiharan harta anggota pentadbiran persekutuan  termasuk anggota kabinet, disimpan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).
Pengerusinya Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh berkata selain mencerminkan ketelusan, usaha itu memudahkan siasatan jika berlaku dakwaan rasuah.
 

"Jadi kita cadangkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) supaya apa yang telah diisytiharkan di Jabatan Perdana Menteri, satu salinan dipanjangkan kepada kita untuk disimpan di bawah Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Baca berita penuh di

Respons kepada berita di atas. 

1. Saranan Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh memang tepat pada masanya kerana disebabkan oleh kedudukan Negara kita dalam Indek Pencegahan Rasuah merosot teruk.

2. Mengulas kenyataan ini,Nazri Aziz semalam mengatakan bahawa pengisytiharan harta anggota kabinet akan mendatangkan bahaya kepada individu terbabit. Tapia pa yang disarankan oleh SPRM ialah salinan itu disimpan di bawah Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM, bukan untuk didedahkan kepada umum.

Info lanjut di

3. Jika SPRM mempunyai butiran harta yang dimiliki anggota kabinet, ini memudahkan pihak SPRM untuk menyelesaikan semua kes yang melibatkan rasuah dikalangan anggota kabinet. Kenapa mereka perlu takut jika tidak melakukan kesalahan. Dan cadangan ini bukan ditujukan untuk pihak tertentu tetapi menyeluruh kepada semua tanpa pilih bulu.

4. Kerajaan patut memulakan langkah awal dalam hal ini jika kerajaan ikhlas untuk membendung masalah rasuah yang nampak tiada penghujung di Negara ini.

5. Diharapkan cadangan ini dapat dilaksanakan segera dan menyeluruh sehingga ke peringkat jabatan di seluruh Negara.

Ps.: Sekadar menyibuk je. Sendiri pokek ciput..huhu. 

Thursday, January 19, 2012

Isu Murtad


Isu orang Islam yang memohon untuk keluar dari agama atau murtad kembali lagi. Terbaru, dua beradik yang bernama Rosli dan Roslina yang berasal dari Pulau Pinang memohon pengesahan keluar Islam yang difail di Mahkamah. Kes mereka akan didengar di Mahkamah Pulau Pinang.

Sebelum ini, masyarakat Islam pernah dikejutkan dengan berita sensasi ini yang dicetuskan oleh seorang perempuan yang di kenali sebagai Lina Joy.Masa tu semua orang Islam mengutuk dan mencemuh perbuatan Lina joy.  Kes Lina joy pernah didengar di mahkamah tinggi dan keputusan mahkamah tidak membenarkan beliau menukar perkataan Islam di dalam kad pengenalannya.

Pada masa itu juga, ada lagi beberapa individu yang dikatakan telah mengistyiharkan diri mereka seebagai kafir. Tetapi mereka tidak diambil tindakan kerana beberapa faktor  pada ketika itu. Dan Mufti Perak pernah menyebut anggaran sehingga 10 000 individu seluruh Negara yang menunggu untuk mengistyiharkan kafir.

Kita harap pihak berkuasa terutama JAKIM dan Majlis Agama Islam di negeri-negeri dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi dan mendakwa mereka ke mahkamah di atas kesalahan yang dilakukan. Kita tidak mahu menanggung dosa besar tersebut yang wajib membendung perkara murtad berlaku.

Bagi individu yang mengetahui kegiatan-kegiatan yang menyalahi Islam termasuk ajaran sesat, laporlah kepada pihak JAKIM atau  Majlis Agama Islam di negeri masing-masing. Bersamalah kita bersepakat untuk membendung kes salah akidah tersebut. 

Wednesday, January 18, 2012

Letihnya minggu ni


Erm selepas sekolah aku menang pertandingan 5S ni, banyak sekolah yang datang membuat lawatan. Minggu lepas 6 buah SMV/SMT/KV seluruh Sarawak telah datang datang. Minggu ni lawatan daripada Institut Latihan PerindustrianPontianak di bawah Kementerian Perindustrian , Indonesia dan SMS Kuching.

Dengan tugasan yang sedia ada dan maklumat pelajar yang baru mendaftar belum habis diisi, ditambah pula dengan kerja luar jangka seperti ini, memang agak memenatkan.

Cuti Tahun Baru cina ini, aku nak berehat sepuasnya. Topup balik tenaga yang hilang..huhu.

Thursday, January 12, 2012

Semakin Serius

Kesesakan jalan dari Matang menghala ke Pusat Bandar semakin serius. Aku pun tak tau la berapa lama masa yang diambil oleh mereka yang tingga di Matang, Matang Jaya, Taman Malihah dan taman-taman yang berdekatan yang menggunakan jalan Petrajaya-Matang untuk sampai ke bandar.

Tahun lepas, aku bergerak dari Batu Lintang pukul 6.20 pagi untuk ke tempat kerja di Matang dan masih lagi boleh sampai sebelum pukul 7.00 pagi. Tetapi sekarang aku terpaksa bergerak seawal 6.00 pagi supaya punchcard tak merah. Kesesakan yang menghala ke Matang disebabkan sikap manusia yang menghala ke bandar pada waktu yang sama. Dorang suka-suka hati je ambil jalan.

Kesesakan di jalan tersebut menjadi semakin teruk apabila hari hujan. Yang memandu slow ketika hujan tu boleh dimaafkasn lagi. Tapi yang tak berhati perut dan pentingkan diri tu yang menjadikan jalan menghala ke Matang pun sesak. 

Apabila waktu keluar pejabat sebaliknya pula berlaku. Pukul 4.30 tu dah jem jalan menghala ke Matang terutama di roundabout Petrajaya.

Yang menjadi kerisauan kami pengguna jalan tersebut ialah selepas siapnya Sekolah Sains dan Sekolah Agama Sheikh Haji Othman. Pengguna jalan tersebut sudah tentu semakin ramai. Tapi dengan jalan yang ada sekarang tidak mampu menampung pertambahan kenderaan tersebut dan berlaku kesesakan yang serius.

Sudah tiba masa kerajaan negeri mengambil berat isu ini. Jalan tersebut perlu dilebarkan lagi untuk mengatasi masalah ini. Diharapkan pihak kerajaan negeri dapat mempercepatkan projek ini sebelum krisis itu berlaku.

Wednesday, January 11, 2012

Coretan Awal Tahun

Alhamdulillah, melangkah lagi ke tahun baru. Rasa sekejap je masa berlalu. Aku rasa tahun 2012 makin mencabar. Banyak kerja yang perlu dipelajari dan dibuat.

Tahun baru juga, banyak benda yang baru aku dapat. Pertama sekali, sistem gaji baru. Tahun ini dah tak guna lagi SSM kerana telah ditukar ke SBPA. Ada la sikit kenaikan. Boleh la menampung kos hidup di Kuching yang mahal ni. 

Kedua, setelah sekian lama berjuang untuk keselesaan di pejabat, sampai la meja baru. Tetapi kerusi masih lama. Tunggu kerusi baru pula.

Yang baru lagi ialah menunggu kehadiran ahli keluarga baru. InsyaAllah, jangkaan awal bulan 3. Semoga selamat dilahirkan nanti..   

Untuk tugas pula, alhamdulillah, pendaftaran pelajar sudah selesai. Tugas-tugas pun tak banyak. Harap-harap semua berjalan lancar dan dipermudahkan.

Tuesday, January 10, 2012

Di sebalik Pembebasan Anwar

Di sebalik pembebasan Anwar, ramai yang tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini? Yang pasti, semua penyokong Pakatan Rakyat bergembira dengan keputusan mahkamah tersebut dan sedang menconggak masa untuk menawan PRU-13.

Ada juga yang risau kerana selepas Anwar dibebaskan, 3 bom buatan sendiri meletup berdekatan mahkamah tersebut. Mujur tiada kemalangan jiwa tetapi 5 orang tercedera. Ini merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara. Walau apa pun alasan, pihak yang terlibat mesti dihadapkan ke muka pengadilan. Polis kita cukup arif tentang itu.

Dengan jangkaan ramai bahawa PRU-13 mungkin akan berlangsung dalam masa terdekat mungkin akan berubah. Ini bergantung pada keselesaan Kerajaan untuk memutuskan tarikh keramat tersebut. Tinjauan Sinar Harian setakat artikel ini ditulis mengesahkannya.

Apapun yang berlaku, mungkin ada yang menarik selepas ini. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam lanskap politik negara yang mendatang ini. Dan berdoalah agar semua yang mendatang nanti tidak memberikan kesan negatif kepada semua rakyat.

Thursday, January 5, 2012

Manusia VS Binatang


Manusia
Binatang
Diberikan akal fikiran oleh Allah untuk membezakan baik dan buruk yang sedang atau akan dilakukan.
Hanya mempunyai otak. Walaupun sepandai mana pun ia, contohnya cimpanzi yang dikatakan binatang paling cerdik tetapi masih tidak mampu membezakan perkara baik dan buruk.
Makhluk yang paling sempurna dan cantik diciptakan Allah dan mempunyai sifat-sifat tertentu.
Sempurna dan cantik TETAPI tidak dapat menandingi sifat-sifat kejadian manusia.
Dikurniakan sifat MALU sebagai pelindung diri.
Tidak mempunyai perasaan malu kerana binatang tidak akan pakai pakaian jika tidak dipakaikan oleh manusia.

Wednesday, January 4, 2012

Terima kasih Tabligh

Usaha pihak Tabligh harus di puji. Ini kerana kesanggupan mereka untuk turun di segenap ceruk untuk memberi kefahaman, mengembangkan agama dan dalam masa yang sama mengekang masalah sosial yang yang berleluasa kini di kalangan remaja.

Kehadiran mereka juga telah memeriah dan meramaikan qariah di surau-surau terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Bergerak atas dasar memperkukuhkan keimanan kepada Allah, pihak Tabligh sanggup mengorbankan harta benda peribadi tanpa mengaharapkan sebarang pulangan, tajaan ataupun upah.

Semoga Allah merahmati usaha mereka serta memudahkan usaha mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Allah.

Tuesday, January 3, 2012

Himpun

Jom ramai2 kita meriahkan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang bertempat di Stadium Tertutup Paroi Seremban, Sabtu ini. 


Pelbagai program telah dirangka untuk pengunjung seperti berselawat, persembahan nasyid serta ceramah mengenai akidah umat Islam yang perlu dipelihara oleh beberapa penceramah jemputan, antaranya Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.


Program bermula dari pukul 9.00 pagi. Datanglah beramai-ramai untuk menunjukkan perpaduan, menyelamatkan akidah dan membantah kes memurtadkan orang Islam.


Maklumat lanjut di http://www.himpun.org/